

Pada mulanya ana tak menyangka 'idea gila' ini sememangnya dari sahabat ni sehinggakan ana sendiri salah sangka dengan apa yang telah dia perbuat. Rakan2 yang lain banyak yang mengecam dan mengatakan dia nak meraih populariti di kalangan kami. Ana juga rasa pelik tapi selepas kejadian itu sahabat ana memberitahu tentang agenda di sebalik perbuatannya itu. Ana rasa sebak jugalah...sahabat ana buat sesuatu yang nampak seperti sangat tidak relevan tentang Islam tetapi maksud yang tersirat sebenarnya adalah agenda memenangkan Islam di kampus kami.
Ana cepat-cepat mohon maaf padanya...rasa bersalah yang teramat. Dalam hati ana terdetik, " betapa lemahnya ana tak dapat mentafsir makna perlakuan dia, serta lemahnya ana kerana boleh memenangkan Islam hanya melalui kesenangan tapi sahabat ana ini sanggup melalui kesusahan semata melihat Islam naik sedangkan dia boleh lakukan dengan cara lain.."
Ya Allah...ampuni dosa hambaMu dan berikan lah kesejahteraan kepada sahabat2 ku di dunia dan akhirat....
Ana bangga denganmu,sahabat!
No comments:
Post a Comment