congrate abang! dah konvo semalam...


salam ukhwah semua...asifah, baru update blog! banyak kerja menimbun...lepas tu ana hadir abang sulung ana konvokesyen di UiTM Shah Alam semalam.agak kepenatan tapi jelas terpancar rasa gembira di wajah keluarga ana. Congrate abang! lepas ni sambung belajar lagi tau!Semalam memang letih..adat istiadat konvo di UiTM ni agak seronok juga tapi sangat sesak oleh kerana terlalu ramai orang yang datang pada sesi pagi. Tapi alhamdulillah kami dapat mengharungi lautan manusia di sana...
Umi dan abah serta adik akan sentiasa mendoakan kejayaanmu dunia dan akhirat. Minta maaf ye salah silap selama menjadi adik beradik..hehe..banyak betul ana bergaduh dengan abang ana ni kecik2 sampai besar..=) almaklumlah hanya 2 orang adik beradik je, nanti abang dah kahwin tak dapat lagi nak bergaduh macam dulu...
Hari ni ana akan balik ke kampus dan meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu. Memandangkan minggu depan akan bermulanya satu peperiksaan jadi terpaksalah ana bertungkus lumus untuk mendapatkan result yang baik (bukan result je tapi keredhaan Allah dalam mnuntut ilmu pun).hm...baiklah,Ana nak siapkan banyak nota dan enakmen jenayah dan mal untuk dihantar esok..wassalam.......

p/s: ahlan wasahlan kepada 2 followers yg singgah di blog ana yang serba dhaif ini.....=)

No comments:

Post a Comment