Back to year 1470-1481


Doa syifa' mula dibaca. Ayat-ayat suci al quran pula dialunkan. Mungkin surah al-ikhlas atau ayat kursi. Ringan sedikit penderitaan pesakit yang tadinya duduk di sebelahku. Aku yang menunggu giliran rasa tenang seketika. Lalu di hadapanku seorang mat rempit yang berbalut di lengan kiri dan kepala. Ibu tuanya setia memapah anak muda itu.

" Maryam binti Muhammad!"

Namaku dilaung. Cepat sahaja aku bingkas bangun untuk masuk ke bilik yang ditetapkan. Rasa gementar dan cuak sudah pasti. Butterfly in my stomach bak kata orang putih!

"Assalamu'alaikum," aku beri salam kerana yakin yang akan menjawabnya adalah seorang muslim sepertiku.

" wa'alaikumussalam, Maryam. How's your day?" ramah sahaja Doktor Iman menegurku.

" alhamdulillah, great. Doctor?"

" hari ni sibuk sikit tapi alhamdulillah, masih dapat jumpa awak hari ini untuk berkongsi maklumat," Aku senyum bila mendengar ayatnya.

" so, boleh kita mula doktor?" Terus sahaja aku straight to the point dan fokus.

" okay, in shaa Allah. Bismillahirrahmanirrahim...."

Aku membetulkan kedudukan dan bersedia mendengar bicara wanita di hadapanku ini.

" Maryam tahu kenapa saya mendirikan hospital Qudus ini?" Aku menggelengkan kepala.

" surah al-imran ayat 92, Maryam. Ibu saya yang mengajarkan tentang tafsirannya pada saya dan adik-adik ketika kami kecil. Ibu dan ayah saya bukan jurusan agama. Keduanya pensyarah dalam bidang sejarah. Tapi mereka mendidik kami dengan didikan Islam yang cukup, bukan sahaja menjadi muslim pada nama malah pada praktisnya. Setiap kali ayah membaca akhbar, beliau akan tunjukkan pada saya tentang berita kesengsaraan hidup orang-orang miskin dan tidak berkemampuan untuk mencari sesuap makanan. Paling menikam hati saya ialah apabila mereka ini juga tidak mampu mendapatkan rawatan untuk penyakit yang dihadapi kerana tiada wang." Suara Doktor Iman semakin sebak. Air matanya bergenang namun cepat-cepat beliau menyambung bicara.




" ketika saya study, banyak juga program yang saya sertai untuk lebih dekat dengan kebajikan especially untuk orang miskin, anak yatim, OKU, dan mereka yang tidak berkemampuan. Lebih-lebih lagi saya ditaklifkan sebagai exco khidmat masyarakat ketika itu. Ada banyak peristiwa yang saya tidak dapat lupakan, Maryam. Antaranya ialah tentang seorang warga emas yang dibiarkan oleh anak-anaknya di jalanan, kisah seorang wanita tua beragama Islam yang tidak berkemampuan lalu terpaksa menjadi penghuni rumah ibadat agama lain, malah ada pula kisah lara suami isteri tua yang hanya mampu mengisi perut sedang tubuh dirobek-robek penyakit yang dideritai." Doktor Iman menyeka air matanya yang tumpah mengenangkan beberapa kisah duka dari ribuan kisah-kisah yang terjadi di hadapan matanya. Aku juga tunduk mengesat air mata.

" Saya pasti itulah sebab utama tertubuhnya hospital Qudus ini, betul kan doktor?" aku cuba meneka.

" Ya, Maryam. Saya dan rakan-rakan terpanggil untuk melaksanakan misi buat ummat ini. Saya cuma mahu erti nilai kemanusian dan belas ihsan masih lagi wujud di tengah-tengah sibuknya dunia mengejar wang ringgit semata. Nyawa manusia yang Allah swt beri bukan boleh diletakkan harga dan diukur dengan berapa duit yang mereka miliki. Semua orang ada hak untuk mendapatkan kesihatan dan makanan yang baik." Ada nada tegas dalam kata-kata Doktor Iman.




" Betul, doktor. Saya ada belajar dan membaca tentang itu. Cuma dalam pembacaan saya, kedua perkara itu disediakan oleh pemerintah contohnya dalam kerajaan Islam di Istanbul." Aku memberikan pendapat sekadarnya.

" You're right, Maryam. Bila saya suarakan pada ibu dan ayah tentang cita-cita saya berkenaan hospital Qudus ini, mereka sangat menyokong. Malah, ibu memberikan saya beberapa contoh dan model hospital di zaman kerajaan Islam dahulu and one of them is located in Istanbul. Saya dan rakan-rakan ke Istanbul dan tengok sendiri bangunannya, cari lebih banyak maklumat dan lakukan kajian. Jadi, kami decide untuk buat ikut model ini tapi bukan dari segi struktur binaanya. Kami ambil isi kandungan yang ada dalam hospital itu sehingga ia boleh dikenang sebagai salah satu mercu tanda social justice dalam Islam." Aku tersenyum memandang Doktor Iman. Inilah yang ku cari dalam penulisan journal dan kajian tesisku!

" Saya pernah ke sana sekali, doktor. Rasanya mahu pejamkan mata sebentar dan membayang bahawa saya ini hidup di tahun itu di Istanbul. Tahun 1470-1481! " Giliran Doktor Iman pula tersenyum melihatku.




" Islam sungguh cantik. Ia memberi dua hak itu pada semua golongan tak mengira kedudukan, harta, warna kulit, bangsa dan agama. Itu yang saya terapkan di hospital Qudus ini, Maryam. Memberikan khidmat dan rawatan pada masyarakat secara percuma. Dahulu, pemerintah Islam dan rakyat pada ketika itu faham tentang tanggungjawab sosial mereka. Namun, sekarang pengabaian terhadap perkara ini mencetuskan jurang yang besar dalam masyarakat. Yang miskin bukan sahaja tidak dibantu malah dihina dan disisihkan. Sedangkan dalam sesebuah negara lebih-lebih lagi pemerintahnya Islam, hal ini tidak boleh terjadi." Panjang lebar huraian yang diberikan wanita yang aku kagumi sejak hari pertama kami bertemu. Bukan sahaja beliau arif dalam bidang perubatan, malah dilengkapi juga dengan pengetahuan tentang sejarah Islam.

          Sedang kami rancak berbual, pintu diketuk dari luar. Nurse di kaunter tadi masuk dengan wajahnya cemas.

" Doktor, puan Hasnah di wad 8.." Belum sempat beliau menghabiskan kata-kata, Doktor Iman sudah bangun dan bergegas mahu keluar. Mungkin pesakit di wad 8 itu kritikal fikirku.

" Maryam, maafkan saya. Nampaknya hari ini pertemuan kita tak dapat diteruskan. In shaa Allah kita aturkan pertemuan lain, boleh?" Sopan sahaja Doktor Iman berbicara denganku.

" Tak mengapa, doktor. Saya faham. In shaa Allah nanti kita bertemu lagi." Aku menghadiahkan senyuman serta tanda jari 'okay' pada beliau.

             Aku melangkah pulang ke rumah dengan seribu satu harapan dan doa. Aku tidak mahu hanya satu Hospital Qudus yang ada dalam negaraku. Aku mahu puluhan malah jika boleh ratusan hospital yang seumpama itu. Malah institusi pendidikan dan juga dapur awam juga perlu didirikan. Biar tiada lagi berita duka lara itu terpampang di dada akhabar. Aku juga mahu tetap mengkaji dan menggali sejarah Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan penulisanku. Itu azam dan tekadku!




No comments:

Post a Comment