Bismillah walhamdulillah wallahuakbar. Selawat dan salam buat kekasih hati junjungan besar Rasulullah saw , keluarga dan sahabat baginda. Assalamu’alaikum wrt dan selamat sejahtera buat semua. Moga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya.
Sahabat-sahabat
seperjuangan,
Saya tuliskan
sepotong kalam cinta buat semua:
“Islam adalah
agama cinta, setiap nikmat dan dugaan itu merupakan kata cinta dari tuhan buat
hambaNya…”
Bukan ini sahaja
kata-kata cinta yang biasa kita dengari malah ada berjuta-juta ayat-ayat cinta
yang adakalanya membuatkan manusia terbuai dalam fantasi. CINTA. Ada apa dengan
perkataan cinta? Buruk atau baikkah cinta? Adakah pelik jika manusia tidak
pernah jatuh cinta? Banyak lagi soalan berkaitan dengan cinta yang bermain di
minda kita, namun persoalan yang menarik saya untuk menulis post ini adalah
adakah cinta yang kita miliki itu anugerah ataupun ujian?
Soalan ini
pertama kali ditimbulkan oleh sahabat saya beberapa tahun dahulu. Soalan ini
terus menjadi pertanyaan saya sehingga kini. Saya bukanlah arif dalam hal
cinta, bukan pula pakar motivasi cinta tetapi saya ingin berkongsi pandangan
dan jawapan tentang persoalan ini. Moga ada manfaat buat pencari cinta yang
masih lagi kabur di jalan permusafiran cinta,
inshaa Allah.
CINTA ADALAH
ANUGERAH apabila cinta dapat mendekatkan diri mereka kepada Sang pemberi cinta
iaitu al-Khaliq. Banyak orang hari ini mengotorkan erti cinta dengan berbuat
maksiat dalam bercinta seperti bersentuhan antara lelaki dan wanita, berzina
dan lain-lain. Cinta itu rasa yang Allah berikan buat hambaNya agar dapat
digunakan dan dilorongkan kepada perkara kebaikan dan berakhir dengan akad
nikah. Cinta juga boleh menjadi anugerah pabila manusia mencintai perkara yang
Allah suka iaitu keamanan, kemanusiaan dan hormat menghormati. Hal ini kerana,
anugerah yang bakal mereka peroleh adalah ketenangan hati, redha Allah dan
ganjaran syurga. Bukankah itu lebih indah!?
CINTA ADALAH
UJIAN apabila KPI (key performance indicator) seseorang manusia itu tidak
mencapai tahap yang memuaskan. Allah swt akan menguji hambaNya kadangkala beberapa
kali tentang ujian yang sama oleh kerana mungkin kita tidak dapat memenuhi
syarat yang Dia gariskan buat kita dalam melolosi ujian itu. Wah, maha hebat
dan maha halus penelitian Dia! Selain itu, cinta dalam bentuk ujian membuatkan
manusia berpengalaman dalam menentukan baik dan buruknya sesebuah perkara dan
menyebabkan manusia matang dalam berfikir. Tidaklah sia-sia jika cinta yang
singgah itu adalah ujian kerana ujian bertujuan menguatkan mujahadah diri kita.
Dalam soal
cinta, soal hati yang terpenting adalah tanyalah pada Allah swt di setiap saat,
tidak kiralah ia adalah ANUGERAH ataupun UJIAN asalkan dapat kita jalaninya
dengan baik dan penuh taat pada yang Maha Pemberi Cinta.
Buat yang
menghulur cinta dan penerima cinta, istikharah dan istisyarahlah!
Ruhil
Mardhiyyatul Arham,
Jordan 2013.
Haven't read this blog for years. I miss you la Ainul. Btw, I really need these words. Thank you for the sharing.
ReplyDeletesalam 'alaik sahabatku! moga dibawah rahmat Allah selalu..in shaa Allah saya balik malaysia raya tahun ni..kalau boleh kita dapat jumpa..miss u too! really hope to see u..
ReplyDeletenice sharing!
ReplyDeleteAs'kum. Ainul,, ade fb x? Instagram ke..xpun email gmail..huhu baru bace reply awk. Heee
ReplyDeleteWsalam wrt..mekz, ade je fb..email pun ade..
Deleteainul, how can i contact you? urgent...
Delete