BAITUL MUSLIM, keperluan ummah!

          


selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda. Assalamu'alaikum wrt dan selamat sejahtera buat sahabat-sahabat sekalian.

           Gendang seruan perkahwinan bermula sudah. Baik di Malaysia mahupun Jordan sendiri. Musim orang kenduri kahwin melanda setiap cuti sekolah yang panjang, ataupun cuti hujung tahun nanti. Cuma bezanya kali ini, begitu banyak baitul muslim yang akan dibina oleh sahabat terdekat dan keluarga terdekat saya. Rasa syukur tak henti dalam hati saya melihat bahagianya mereka yang akan mendirikan baitul muslim . Alhamdulillah! 

           Menurut saya, BAITUL MUSLIM adalah satu keperluan ummah yang sangat-sangat perlu diutamakan kerana :

1) melalui baitul muslim, ummat Islam dapat memperoleh zuriat yang menjadi pembela agama Allah swt. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

2) baitul muslim yang baik dapat mengubah sikap manusia. Sebagai contoh sikap wanita yang kurang pandai memasak, apabila dia berkahwin pastinya memasak akan menjadi satu hobi barunya kerana dia perlu menyiapkan makan minum suaminya. Sikap kurang bertanggungjawab pula dapat dipupuk dari pembinaan baitul muslim kerana suami isteri perlu cakna dan ambil peduli dalam hal rumah tangga.

3) dengan baitul muslim yang berkualiti dapat meneruskan perjuangan dan memanjangkan langkah dakwah seseorang individu. Saya melihat beberapa individu terutamanya muslimah dalam jalan dakwah yang kurang aktif maka apabila mereka mendirikan baitul muslim dengan muslimin yang kencang dakwahnya maka hasil yang diperoleh adalah si muslimah tadi tambah giat memanjangkan langkah dakwah beliau.

4) pembinaan baitul muslim yang baik juga merupakan langkah awal untuk memastikan generasi pemimpin negara yang baik. Generasi akan datang merupakan pewaris negara, begitu juga pewaris agama. Anak-anak yang dididik dalam suasana baitul muslim yang baik akan cepat matang dan berfikir untuk meneraju dengan lebih baik dari generasi sebelumnya.

5) baitul muslim dapat menghindarkan diri daripada fitnah dan menjaga maruah. Sebab ini sebahagian besarnya terhala kepada muslimah. Wanita yang sudah berkahwin lebih terpelihara daripada fitnah yang buruk dan dapat menjaga maruahnya. Kita lihat dewasa kini, muslimah seringkali diperlekeh dan dianggap rendah serta hina sedangkan Islam mengangkat wanita ke tempat yang dimuliakan.



            Kini, tiada sebab lagi yang menyatakan baitul muslim ini bukan keperluan ummah. Demi mencipta kembali kegemilangan Islam yang pernah kita kecapi dahulu, dirikanlah baitul muslim yang baik, yang berkualiti dan yang berlandaskan syariat sahabat-sahabatku sekalian.
Kerana dirimu begitu berharga buat ummat!

~Untuk itu, saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat sahabat-sahabat yang akan dan sudah bertukar status puan/mrs. dalam masa terdekat ini.~

بارك الله لكما وبارك عليكما 
وجمع بينكما في خير

Barakallahulakuma wabarak alaikuma wajamaa baina kuma fi khoir


ainul mardhiah fisabilillah
10.25 malam

Jordan.

No comments:

Post a Comment