c.I.n.T.a ~anugerah atau ujian~



            Bismillah walhamdulillah wallahuakbar. Selawat dan salam buat kekasih hati junjungan besar Rasulullah saw , keluarga dan sahabat baginda. Assalamu’alaikum wrt dan selamat sejahtera buat semua. Moga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya.

Sahabat-sahabat seperjuangan,

Saya tuliskan sepotong kalam cinta buat semua:

“Islam adalah agama cinta, setiap nikmat dan dugaan itu merupakan kata cinta dari tuhan buat hambaNya…”

            Bukan ini sahaja kata-kata cinta yang biasa kita dengari malah ada berjuta-juta ayat-ayat cinta yang adakalanya membuatkan manusia terbuai dalam fantasi. CINTA. Ada apa dengan perkataan cinta? Buruk atau baikkah cinta? Adakah pelik jika manusia tidak pernah jatuh cinta? Banyak lagi soalan berkaitan dengan cinta yang bermain di minda kita, namun persoalan yang menarik saya untuk menulis post ini adalah adakah cinta yang kita miliki itu anugerah ataupun ujian?

             Soalan ini pertama kali ditimbulkan oleh sahabat saya beberapa tahun dahulu. Soalan ini terus menjadi pertanyaan saya sehingga kini. Saya bukanlah arif dalam hal cinta, bukan pula pakar motivasi cinta tetapi saya ingin berkongsi pandangan dan jawapan tentang persoalan ini. Moga ada manfaat buat pencari cinta yang masih lagi kabur di jalan permusafiran cinta,  inshaa Allah.

             CINTA ADALAH ANUGERAH apabila cinta dapat mendekatkan diri mereka kepada Sang pemberi cinta iaitu al-Khaliq. Banyak orang hari ini mengotorkan erti cinta dengan berbuat maksiat dalam bercinta seperti bersentuhan antara lelaki dan wanita, berzina dan lain-lain. Cinta itu rasa yang Allah berikan buat hambaNya agar dapat digunakan dan dilorongkan kepada perkara kebaikan dan berakhir dengan akad nikah. Cinta juga boleh menjadi anugerah pabila manusia mencintai perkara yang Allah suka iaitu keamanan, kemanusiaan dan hormat menghormati. Hal ini kerana, anugerah yang bakal mereka peroleh adalah ketenangan hati, redha Allah dan ganjaran syurga. Bukankah itu lebih indah!?

             CINTA ADALAH UJIAN apabila KPI (key performance indicator) seseorang manusia itu tidak mencapai tahap yang memuaskan. Allah swt akan menguji hambaNya kadangkala beberapa kali tentang ujian yang sama oleh kerana mungkin kita tidak dapat memenuhi syarat yang Dia gariskan buat kita dalam melolosi ujian itu. Wah, maha hebat dan maha halus penelitian Dia! Selain itu, cinta dalam bentuk ujian membuatkan manusia berpengalaman dalam menentukan baik dan buruknya sesebuah perkara dan menyebabkan manusia matang dalam berfikir. Tidaklah sia-sia jika cinta yang singgah itu adalah ujian kerana ujian bertujuan menguatkan mujahadah diri kita.

       
   

               Dalam soal cinta, soal hati yang terpenting adalah tanyalah pada Allah swt di setiap saat, tidak kiralah ia adalah ANUGERAH ataupun UJIAN asalkan dapat kita jalaninya dengan baik dan penuh taat pada yang Maha Pemberi Cinta.

Buat yang menghulur cinta dan penerima cinta, istikharah dan istisyarahlah!

Ruhil Mardhiyyatul Arham,

Jordan 2013.

6 comments:

  1. Haven't read this blog for years. I miss you la Ainul. Btw, I really need these words. Thank you for the sharing.

    ReplyDelete
  2. salam 'alaik sahabatku! moga dibawah rahmat Allah selalu..in shaa Allah saya balik malaysia raya tahun ni..kalau boleh kita dapat jumpa..miss u too! really hope to see u..

    ReplyDelete
  3. As'kum. Ainul,, ade fb x? Instagram ke..xpun email gmail..huhu baru bace reply awk. Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam wrt..mekz, ade je fb..email pun ade..

      Delete
    2. ainul, how can i contact you? urgent...

      Delete