PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT


Salam ukhwah....hari ini 14 Julai 2010 dan merupakan hari yang agak sibuk. Dari pagi tadi ana ke hulu hilir untuk siapkan kertas kerja program, hantar proposal, pergi kuliah,dan booking kenderaan untuk ke program. Letih jugalah dibuatnya tapi ana seronok mengenangkan program yang bakal berlangsung. Alhamdulillah, ana panjatkan pada Allah swt yang memberi kelancaran kepada hari-hari kesibukan.


Antara program yang 'on the way' ialah program gotong -royong membersihkan kubur, disusuli program Malam Mahabbah Palestin (monon didoakan program ini berjaya), kemudian program berbuka puasa bersama anak yatim dan akhir sekali insya Allah program lawatan wad kanak-kanak. Alhamdulillah, kertas kerja bakal dihantar esok.. Sahabat-sahabat ana rasa excited mahu buat program memandangkan kami sudah di tahun akhir. Sedihnya....


Program yang 'spontan' mungkin akan menyusul mungkin....tapi ana berharap dapat menumpukan perhatian kepada organisasi dan pelajaran sama rata, moga-moga dapat result cemerlang di saat nak keluar ni..mohon didoakan...kepada sahabat-sahabat, jangan putus-putus join program kebajikan, ya!

No comments:

Post a Comment