Keganasan wanita dan kanak-kanak


Keganasan yang membawa maksud perlakuan dan paksaan yang menyebabkan penganiayaan. Penderaan pula bermaksud perlakuan yang menyakiti individu lain (fizikal dan mental). Mengikut statistik yang di berikan 90% kes penderaan fizikal dilakukan oleh penjaga, 85% kes penderaan seksual dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa, dan 75% kes penderaan seksual dilakukan oleh saudara mara..astaghfirullah! dalam sebuah keluarga terdapat seorang pencabul!na'uzubillah!


Antara faktor seseorang menjadi pendera ialah pernah menjadi mangsa deraan, selalu dipinggirkan, tidak mampu mendapatkan bantuan (lemah), tidak mampu memenuhi keperluan sendiri, meletak jangkaan yang tiggi pada kanak-kanak (menyuruh kanak2 berumur 3 tahun supaya buat kerja rumah), wujud krisis @ siri krisis. Mengikut statistik yang dibuat di US, 2/3 daripada banduan pernah menjadi mangsa penderaan, selain itu pelacur yang melacur adalah daripada golongan yang pernah menjadi mangsa penderaan seksual. (Ana percaya bukan ssahaja di US sahaja tapi Malaysia juga).


Selain daripada faktor tadi, satu lagi faktor yang membuatkan ana terasa sedih apabila majoriti kes berkaitan dengan faktor kemiskinan. Kepada pemerintah sila selesaikan masalah ini...Kepada mangsa dera atau sesiapa yang ingin melaporkan kejadian penderaan yang berlaku sila hubungi talian NUR (15999). Laporkan juga kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat...wallahua'alam...


" F AMILY VIOLENCE IS NOT OK! "


" YOU CANNOT GIVE LOVE IF YOU HAVE NEVER RECEIVED IT.."

No comments:

Post a Comment