kesibukan


Salam semua! Semoga Allah swt merahmati dan melindungi kalian..nampaknya malam ini bermulanya kesibukan ana di kampus. Setelah join Minggu Aluan Siswa (MAS) pada minggu lepas, ada tiga lagi program yang perlu di 'join'..=) Antaranya adalah program bersama anak yatim di pusat anak yatim, menjadi fasilitator untuk kem bina insan sekolah rendah dan seminar penganiayaan wanita. Oleh kerana ketiga program boleh dikatakan bertembung dari segi masa, ana insya Allah akan ke seminar. Lagipula sahabat ana sudah mengisi kehadiran kedua-dua program yang diadakan.

Ana harap dapat ambil seberapa banyak info dan pengetahuan dalam seminar tu nanti. Sebagai muslimah, bukan sahaja terjun dalam perjuangan tapi kita seharusnya berpengetahuan dalam semua bidang terutama berkaitan dengan kewanitaan dan isu semasa. Barulah wanita Islam dipandang tinggi dan bermaruah! Muslimat power!! Lihat sahaja tokoh-tokoh wanita zaman nabi dan para sahabat serta tabi' tabi'in...mereka bukan sahaja mampu melahirkan zuriat yang berkualiti dan memperjuangkan Islam malah mereka sendiri berperang untuk agama.

Pasti banyak persoalan yang timbul dalam sesi soal jawab nanti;ana yakin. Harapan ana supaya Wanita Islam kini mengekalkan identiti solehah disamping meneruskan kerjaya mereka. Mereka juga perlu menjaga maruah diri dan sentiasa terikat hatinya dengan Allah swt. Jadilah muslimah acuan al-quran.......
p/s: suka sangat membaca!
kepada semua pengunjung yang dirahmati, anda boleh klik pada side yang tertulis palestine
dan iluvislam untuk link terus ke laman tersebut. sekian (n_n)

No comments:

Post a Comment