PALESTIN : ISU ISLAM ATAU ISU RAMPASAN NEGARA?

Palestin diserang.Palestin takkan aman.Palestin menderita. Begitu banyak tajuk di dada akhbar atau laman-laman blog yang menulis tentang palestin. Isu ini sudah banyak yang menjadi pengulasnya tapi sehingga kini tiada siapa yang dapat menimpulkan perkara sebenar tentang Palestin. Ditambah pula dengan media yang dikuasai oleh golongan 'mereka' juga. Memang lah semua penduduk di dunia ini takkan tahu perkara sebenar. Ana masih ingat pabila berbual dengan seorang muslimat tentang Palestin, beliau mengatakan bahawa isu Palestin adalah isu rampasan tanah Palestin oleh Israel laknatullah. Jadi perkara itu boleh diselesaikan dengan cara Israel bertolak ansur dengan Palestin, kerana ini soal isu rampasan negara....kata ana dalam hati, " dah kena serangan saraf yahudi ni...media diorang punyela katakan..."

Sedih ana bila terdengar orang Islam cakap begitu. Walaupun Palestin tidak kaya dan tiada kemajuan tapi bukankah terdapat al-Aqsa yang lebih berharga daripada segalanya! Kasihan umat Islam sekarang dni dijajah minda dan dijajah secara berdepan..tapi masih ramai yang tidak sedar. Astaghfirulllah....Ana kira jika sekarang Israel menjajah dan menyerang kita, kalah teruk kita..jangan marah, kerana inilah hakikatnya. Muda mudi kita suka akan budaya barat atau yahudi, mereka mengagungkan idola dari barat. Bukankah kemenangan itu kita peroleh tatkala penggantungan dengan Allah swt sangat kuat dan usaha kita padu...

Al-Aqsa sangat berharga. Kiblat pertama umat Islam. Di situ juga salah satu destinasi dalam kembara israk mikraj. Jika tidak penting, mana mungkin khalifah kedua Islam, Saidina Umar mahu keluar dari Madinah ketika menjadi khalifah semata-mata untuk menawan kota baitulmaqdis itu....Ayuh teruskan perjuangan dalam merampas kembali al-Aqsa dari tangan yahudi Laknatullah! BEBASKAN MASJID AL AQSA!!!! TAKBIR!

No comments:

Post a Comment