cuti semester bermula!


Salam ukhwah semua....hari ini adalah hari terakhir sahabat-sahabat ana berjuang di dewan peperiksaan. Selamat berjaya sahabat-sahabat! exam ana dah tamat hari rabu kelmarin. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan sekarang hanya tawakal tu 'ala Allah...walaupun begitu ana dan beberapa sahabat tidak dapat pulang ke kampung hari ni memandangkan kami ada program kursus kepimpinan dan forum bicara intelek. Hmm...

Cuti semester ni sangat pendek, kira-kira 2 minggu saja, kerana ana dan sahabat2 akan pulang ke kampus bagi mengendalikan kemasukan pelajar intake yang akan datang. Agak penat tapi menyeronokkan..kembali ke rumah, pasti umi dan abah sudah punya perancangan untuk kami sekeluarga berehlah. Ana harap cuti ni dapat menjenguk makcik yang berada di Perak. Juga rindu pada adik sepupu ana, Hakim yang nakal! Cuti ni juga ana berhasrat untuk 'survey' beberapa buah rumah kebajikan untuk dilawati kelak.

Kepada sahabat2 yang bercuti, isi cuti ini dengan perkara yang berfaedah. Jumpa lagi semester depan! Insya Allah.....

1 comment:

  1. cdeyh....nk tgal adeq2 kt cnie...
    ari nie last day dh kt kuantan.. dh nk blik kedah... :'(
    ~truskan prjuangan mu... Takbir!

    ReplyDelete