

Seorang sahabat ana sering menasihati ana tentang sabar dalam apa jua keadaan, alhamdulillah makin
banyak nasihat dan teguran sahabat insya Allah akan bertambah sabar ini. Hmm..berbalik pada undang-undang Islam tadi, ana melihat perancangan orang kafir dalam merencanakan tumbangnya Islam di tanah melayu memang teliti. Mereka strategis! Tapi umat Islam lebih strategis, dan ana yakin satu hari nanti mereka leka dengan hebatnya mereka dan ketika itu umat Islam (kami pejuang2 Islam ) akan menggempur mereka. Menggempur dengan ilmu dan kekuatan maksimum seperti kembalinya 'Khalid al Walid', 'sultan Salahudin ayubi', 'Sultan al fateh' serta sahabat2.. Saat itu pasti mereka terpinga-pinga lantas terkaget-kaget! (impian yang pasti jadi kenyataan,insya Allah!)


Mereka masuk ke tanah melayu dahulu dan menyempitkan kuasa mahkamah syariah, sesuka hati mencampuri urusan agama dan adat, dan memasukkan undang2 Inggeris dalam undang 2 syariah. Terasa kesal dan sedih melihat negeri2 di tanah melayu yang dahulunya gah melaksanakan hukum Allah tapi sekarang hukum Allah dihina-hinakan...bagaimana?? Pengaruh orang kafir lebih kuat malah menjadikan segala urusan kehidupan kita tidak lari dari unsur2 lagha.
Ayuh! para daie dan pimpinan masa hadapan..mulakan langkah, kuatkan azam menegakkan kembali hukum terhebat dunia: hukum Allah!!!Bila lagi kita mahu menjadi penggerak? jangan terus menjadi pemerhati......
No comments:
Post a Comment