wanita ISLAM adalah jundullah!


Semalam ketika waktu selepas maghrib seusai ana solat, ana membuka lembaran buku yang mana ana ambil dari rumah usang peninggalan almarhum tok wan. Tajuknya ialah 100 tokoh wanita terbilang. Walaupun ana suka membaca buku tentang Islam, tetapi banyak juga buku-buku lain di rumah ni contohnya buku2 Harry Potter, Komik dan Jurnal serta ensiklopedia. Buku yang ana baca semalam (tentang wanita terbilang) itu tertulis banyak nama2 tokoh yang ana sendiri tidak pernah mengetahuinya. Yang jelas mereka ini adalah pejuang Islam yang hebat. Tokoh srikandi yang cekap mengenalikan sejata dan bertarung.
Antara nama-nama yang tercatat ialah Zanubiya (ratu tadmur), Raail( dikenali zulaikha),al-Basus dan ramai lagi nama2 gah yang ada. Ana hanya sempat membaca kira2 tak sampai separuh pun buku itu kerana kedapatan hal yang mustahak perlu diselesaikan. Di sini, peranan wanita dalam memartabatkan Islam juga penting. lihatlah betapa sebuah negara itu baik kerana wanitanya baik,dan jika negara itu tidak baik adalah kerana wanitanya tidak baik..

setuju ke?? tepuk dada tanya iman...

No comments:

Post a Comment