ana sayang pada sahabat2!


Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar. Salam perjuangan dan ukhwah. Pabila perbincangan dibuka antara kami dalam mesyuarat, ana serta merta rasa sebak mengenangkan banyak masalah yang timbul dalam kampus. Rasa mahu menangis juga pabila mendengarkan kesulitan sahabat2. Rupanya banyak remaja bermasalah disebabkan kerana pecahnya institusi kekeluargaan dan pengaruh rakan sebaya. Malang bagi seorang daie yang hanya mampu mendengar tanpa berbuat apa-apa, bisik ana dalam hati tatkala mesyuarat selesai..


Ana sentiasa menabur doa kepada saudara2 di palestin,ambon, afghanistan, iraq dan thailand. Tetapi kadang2 ana lupa pada saudara2 yang ada di Malaysia yang lebih menderita oleh kerana peluru-peluru hedonisme, bom-bom budaya songsang, dan racun2 maksiat yang dilempar terus pada saudara2 ana di Malaysia. Sedangkan mereka lebih dekat dengan ana. Ya Allah, ampuni hambaMu yang lalai dan lemah ini.! Berapa ramai yang telah berzina dan memilih gaya hidup gay dan lesbian atau pengkid? semuanya tunas2 Islam yang menjadi penggerak Islam masa hadapan, bagaimana ini terjadi?


Ana sayangkan sahabat2 ana di Malaysia sbagaimana ana sayangkan sahabat2 di palestin..ohh,maafkan ana sahabat2! tak dapat bersama kalian tika kalian mahu jatuh ke lembah kemaksiatan, tidak dapat menarik tangan kalian untuk mendekatiNya, tak dapat menasihati kalian tika kalian lemah dan putus asa dengan pencipta...tetapi kalian jangan khuatir, takkan selamanya kalian akan duduk di lembah itu...ana akan merebut kalian daripada musuh kita, syaitan nir rajim....


Marilah para daie, kuatkan langkahmu supaya bisa mengharung jalan dakwah yang sukar. Usah biar dirimu terbeban oleh dunia dan seisinya. Marilah kita sama-sama merindui syurga Allah swt yang tercipta untuk kita dan para mad'u...alangkah baiknya kita dapat beriringan menuju ke sana...Ikatkan tali ukhwah untuk membina mahabbah supaya Islam berkembang menuju gemilang!!takbir!!

No comments:

Post a Comment