ahlan wasahlan ya ramadhan...





salam 'alaik semua ansorullah..buat pencari cinta dan kasih sayang Allah swt, nah! ini adalah bulan paling ideal untuk melafazkan dan mencari cintaNya secara menyeluruh...Islam ada menyediakan qiamulail cinta, bacaan ayat quran, solat sunat berlebihan, dan zikir secara menyeluruh dalam setiap hari....selamat datang buat ramadhan yang dirindui, bersyukur rasanya dapat berjumpa lagi.




Teringat pula pada sahabat ana yang telah pulang ke rahmatullah pada bulan ramadhan..sedih dan gembira, dua perasaan bercampur..sedih kerana dia merupakan seorang yang sangat baik dan taat akan ajaran agama..gembira kerana dia diambil tuhan dalam keadaan yang baik, dalam bulan yang baik, dan ana rasakan dia dalam keadaan bersedia..subhanallah!




apa-apa pun selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh barakah...pertingkat amalan dan jaga kesihatan supaya dapat menjalani ibadah dengan sebaiknya...

No comments:

Post a Comment