rupanya terlalu indah ukhwah itu....

salam 'alaik semua ukhti,akh dmedan perjuangan....indah benar semalam dan kelmarin..tak tersangka Allah swt yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan ana kesempatan untuk berukhwah dan berhalaqah bersama ukhti Muna, ukhti Rafidah, ukhti Syahida,ukhti Aini, ukhti Hayati, ukhti syuhada,ukhti iman dan ramai lagi...... sebenarnya ana terlalu merindui mereka yang sentiasa mengingatkan ana ketika lupa, membuat sedih jadi gembira, dan membuat ana jadi kuat tika lemah...alangkah indahnya ukhwah kerana Allah,tak terungkap oleh kata-kata...menitis jugalah air mata bila nak berpisah dengan mereka, subhanallah!

Semalam ana berkata pada ukhti Muna perlahan, "kak, kalau ana meninggal selepas ini, saya harap akak datang lah iring saya.." Ana rasa macam tak mahu lepaskan hari semalam, bagi ana walau baru beberapa kali jumpa ukhti-ukhti tu tapi bagai ada tali-tali penyatuan hati dan fikiran yang meliliti kami....ana juga tak sanggup untuk berpisah dengan ukhti Rafidah( dan 'Rafi'nya..hehe)..pada ukhti Aini syukran kathir ya (tentang baju yang ada aura kepimpinan tu)! Walau cuma beberapa minit yang dapat diluangkan tapi ana rasa gembira dan terubat rindu..

Ana, ukhti Qasrin, ukhti akmal, uhkti atiqah, ukhti aminah dan ukhti aisyah juga dapat berhalaqah bersama ukhti-ukhti kami yang ana rasa apabila duduk bersama mereka terasa lupa semua perkara melainkan perjuangan..bagaimana pula ya jika berhalaqah bersama Rasulullah saw,pasti lebih indah dan hebat, bukan? Allahuakbar.......tuhan, pertemukan kami lagi..tidak kira dimedan juang atau dimedan apapun...demiMu ya Allah aku mahu berjuang dan berkorban bersama mereka...

~semasa menulis post ini mutiara putih gugur jua...~

No comments:

Post a Comment