
salam ukhwah, salam 'alaik kepada semua..hm, tapi bukan salam satu malaysia..=)..kampus ana dah dibuka semalam selepas ditutup buat sementara kerana H1N1, tapi kami di sini masih perlu pakai mask untuk langkah berjaga-jaga..alhamdulillah semua sahabat ana di sini sihat kecuali ukhti Aminah, muslimah hebat (wah, sempat lagi ana memuji).. ukhti aminah tak pulang lagi ke kampus,mungkin ada sisa demam lagi kot.

Erti subuh yang hening buat sang pejuang adalah menunaikan qiamullail dan menghidupkan dengan zikir, bacaan quran dan lain2 ibadah. Jika tidak sedikit demi sedikit halawatul ima
n mereka akan terhakis, begitu juga dengan gerak kerja dan tarbiyah..jika diri tidak diisikan dengan perkara tersebut,hati mungkin akan mati.. Di subuh yang hening lah kita berpeluang melepaskan rindu dan cinta kepada kekasih nombor satu kita, Allahu Rabbi..kita dapat merintih memohon ampun, mengadu hati yang semakin kotor kerna debu dunia, dan mencari secebis sakinah di tengah kesibukan kehidupan yang penuh maksiat dan noda. Kata-kata orang sufi merintih pada Allah swt.

"hambaMu ini datang padaMu, tuntunlah kami kemana pergi, aku tersesat di jalan ini, tak tahu lagi arah kembali, sudilah Engkau mahu peduli...."
Betapa meruntun jiwa bila mendengarkan alunan kata2 ini..memang bertepatan dengan diri ini yang semakin menjauh dari Allah swt dan sentiasa disaluti dengan dosa......
Ya Allah, yang Maha Mengetahui hati ini yang tak akan berpaling dariMu...tetapkanlah aku dalam agamaMu...seandainya aku jauh, sedarkanlah aku..............aku tak sanggup berjauhan denganMu.....cinta hatiku, ya Khudaiyya...
p/s:mari kita semua sedekahkan al fatihah buat allahyarham ayah kepada ukhti rafidah jannah salleh GAMIS yang telah kembali ke rahmatullah semalam...semoga rohnya dicucuri rahmat..Jasa beliau yang mendidik srikandi Islam seperti ukhti rafidah takkan dilupakan...
No comments:
Post a Comment