kematian yang datang menjemput.....



Salam ukhwah, salam perjuangan...hari ini hujan agak lebat,mungkin hujan rahmat yang Allah swt turunkan untuk menyuburi bumi yang indah ini..Sejak akhir-akhir ini ana perasan yang banyak siri-siri kematian yang mengejut berlaku..kadang2 bila berfikir rasa takut dan kerdil...alhamdulillah, itulah yang sepatutnya..hanya Allah swt sahaja yang tahu betapa terkejutnya ana dan sahabat2 tadi bila mendengar khabar sedih tentang pemergian ust Asri (rabbani) kerana serangan sakit jantung... al fatihah dan Takziah diucapkan kepada keluarga beliau..ana masih ingat lagi sewaktu kemunculan awal beliau, banyak lagu2 nasyid yang menyentuh hati didendangkan beliau...Ya Allah, takdirkan ana dan sahabat2 mati dalam perjuangan menegakkan agamaMU...kami mahu mati dalam husnul khatimah...

Dahulu ahli kumpulan hijjaz dan raihan yang telah pulang ke rahmatullah..semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang Kau kasihi dan diberi naungan, sesungguhnya mereka telah berdakwah kepada sekian ramai manusia tentang agamaMU...kepada diri ini sentiasalah kita berpesan supaya menambahkan amal, menghindarkan dosa dan sentiasa bermuhasabah diri...sesungguhnya mati itu datang menjemput makhluk tidak mengira tempat, masa dan siapa....kalau mengingatkan hal kematian ini, ana teringat akan Rasulullah saw, almarhum ust Fadzil noor, dan sahabat ana yang telah lama meinggalkan dunia ini..pasti sekarang mereka bersenang-lenang mendapat kurnia dari Allah swt...akan sentiasa mendoakan mereka...........Allahuakbar.....!

No comments:

Post a Comment