..................Hadir......................

Mati.

Jodoh.

Keduanya hadir tanpa kita ketahui bila, di mana, bagaimana, dan siapa. Namun, kita perlu bersedia dengan bekal yang cukup. Umpamanya mahu mengembara dan bermusafir di tempat yang jauh. Ia datang tepat pada waktunya dalam rencana Allah swt. Keduanya indah andai dihalakan terus pada mardhatillah yakni mencapai redha Allah swt.

              Hamba yang bersedia dengan kelengkapan yang cukup bersikap lain dari yang belum bersedia. Dalam hal jodoh misalnya kadangkala kita selalu menyatakan dan bertanya:-


" kenapa aku yang dah belajar hal rumah tangga sampai habis ni tak sampai-sampai jodohnya?"

" Adik junior aku ramai dah kahwin padahal mereka lebih muda dari aku, sepatutnya aku yang kahwin dulu!"

" aku yang dah ada calon ni tak kahwin-kahwin lagi tapi kawan aku yang tak de calon tiba-tiba je kahwin minggu depan,"

            See. Banyak kan kata-kata sebegini yang kita selalu dengar. Ramai yang rasa pandangannya lebih benar daripada ketentuan Allah. Tak semestinya bila dah habis beljar ilmu rumah tangga, kita boleh dinobatkan layak berkahwin, begitu juga melihat dari usia seseorang itu bukan kayu ukur dalam menentukan jodohnya dah sampai ke belum. Sama juga dengan situasi ada calon atau belum. Seseorang yang tiada calon tidak semestinya kahwin lambat manakala yang sudah mempunyai calon akan kahwin lebih awal.


Post ini bukan mahu memarahi, tapi menegur.

Dalam hal tentang mati pula, kita akan biasa dengar :-


"kenapa dia ni meninggal elok je, tapi perangai dia teruk waktu hidup? ish!" (dialog ini tak sepatutnya diucapkan okay.)

" rilekslah kita masih muda lagi, tua nanti taubatlah. mati kan lambat lagi,"

           
 See. Berapa ramai yang selalu cakap macam ni, kan? Pengadilan Allah swt adalah sebaik-baiknya. Tidak semestinya seseorang yang teruk tu, setiap masa dia begitu. Entah2 di belakang mu dia sentiasa memohon taubat dan keampunan dr Allah swt. Begitu juga situasi anak muda (orang tua yang perasan muda pun sama...) sekarang yang beranggapan mati itu hanya pada hari tua mereka sahaja. Sedangkan mati tidak mengenal orang itu tua, muda, bayi, kanak-kanak atau berapa umurnya.


               Biarpun mati itu pasti, Islam tidak pernah mengajar ummatnya untuk berputus asa dalam kehidupan. Ia tetap perlu dijalani dengan sebaik-baiknya untuk menunjukkan rasa syukur kita pada Allah swt yang telah memberi peluang kehidupan di atas bumi ini. Alhamdulillah, smile. ^_^

Berpautlah pada janjiNya dalam hal jodoh : Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.*(1)   Perbaiki diri menjadi yang baik untuk mendapatkan yang baik.

Berpeganglah pada janjiNya dalam hal mati : Sesiapa yang taat kepada Allah dan rasul Nya, akan ditemptkn bersama orang yang diurniakan nikmat oleh Allah swt. * (2) Kerah lah diri untuk menjadi yang terbaik di pandangan Allah, sucikan hati dan ikhlaslah!


*(1) surah an nur: ayat 26
*(2) surah an nisa' : ayat 69

Wallahu'alam.~

No comments:

Post a Comment