Diari Kembara Turki (5)

بسم الله الرحمن الرحيم     

Selawat dan salam buat Nabi saw, keluarga dan sahabat baginda. Catatan hari kelima pengembaraan saya dan sahabat-sahabat diteruskan lagi ke sebuah tempat yang terkenal di Turki ini iaitu Bursa. Kami ke sana dengan menaiki bas seawal jam 3 pagi lagi oleh kerana perjalanan ini memakan masa selama lebih kurang 5 jam. Dari penginapan kami menaiki bas, kemudian di pelabuhan pula bas kami menaiki kapal yang besar (boleh memuatkan bas, kereta dan kenderaan lain) untuk menuju ke Bursa.

Perjalanan menaiki kapal dalam keadaan gelap malam agak mengantuk memandangkan hari sebelumnya itu kami pulang agak lewat ke tempat penginapan. Kami sampai ke sebuah masjid di Bursa lebih kurang pada jam 6 setengah pagi untuk bersolat subuh. Di sana kami menemui seorang pelajar Malaysia yang menuntut di sebuah universiti di situ untuk menjadi pemandu pelancong kami di sekitar Bursa. Ketika menunaikan solat subuh, kami sangat kagum melihat bilangan orang yang datang ke masjid seumpama ramainya solat Jumaat. Alhamdulillah! setelah selesai, kami dihidangkan kuah dhal dan roti oleh orang yang bersedekah di masjid. Nilai murni dan kebajikan yang ditunjukkan ini perlu dicontohi oleh muslim yang lain. Masya Allah!




Inilah kawasan persekitaran masjid.

Perjalanan kami diteruskan ke destinasi yang cukup ditunggu-tunggu iaitu di sebuah puncak bukit untuk bermain ski. Udara yang sejuk tidak membataskan pergerakan dan keseronokan kami di sana. Hampir 3 jam jugalah kami berski tanpa pengalaman. Jatuh dan tersungkur itu perkara biasa. =)


Di pertengahan jalan ke puncak bukit terlihat poster, banner dan perkataan AK parti. Ketika ini Turki hampir kepada pilihan raya umum mereka.








Penat sekali bermain ski dengan cuaca yang sangat sejuk. fuh~~

Alhamdulillah walaupun terjatuh banyak kali, tiada antara kami yang cedera. Kemudian, setelah turun ke kaki bukit, kami menziarahi sebuah pemakaman kerabat diraja dan melawat sebuah muzium Islam di Bursa. Terdapat al quran versi tulisan besar beserta tulisan tangan hadith-hadith rasulullah saw yang tersimpan di muzium ini. Sebenarnya muzium ini merupakan madrasah pada zaman dahulu, jadi ia mempunyai bilik-bilik seperti kelas dan bilik guru.












Kami juga sempat singgah di sebuah masjid yang menempatkan sebuah makam diraja di dalamnya. Pemandangan sekitar masjid ini sangat indah dan mendamaikan. Di sekitarnya terdapat kubur-kubur lain yang dipercayai kerabat diraja juga.







Puas menghirup udara segar dan makan tengah hari di masjid, kami menuju ke destinasi shopping kami di tengah bandar Bursa. Ia gedung menjual sutera asli dan pelbagai barangan lain yang berkualiti seperti beg, t-shirt, kain dan lain-lain.



tak sempat mengambil gambar-gambar sutera yang dijual. maaf. =)

Kerana sudah maghrib, kami bergegas ke destinasi yang terakhir iaitu di sebuah makam sultan khilafah uthmaniyyah tetapi kami tidak dapat masuk ke dalam makam kerana kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilakukan. Di situ juga terdapat sebuah menara jam yang unik.



gambar makam yang diambil dari luar tingkap sahaja







Pemandangan yang indah dan mempesonakan dari atas bukit yang menempatkan menara jam.subhanallah!


Kami pulang ke Istanbul dalam keadaan letih tetapi gembira dengan pengalaman yang sangat bernilai. Melalui zaman khilafah Uthmaniyyah, banyak melahirkan tokoh yang hebat dan menjadi ingatan sejarah sehingga ke hari ini. Bagaimana pula umat Islam pada hari ini boleh mencontohi mereka?

:: kembara akan diteruskan lagi esok hari! :: 

3 comments:

  1. Seronok dapat jalan-jalan ke sana. Salam perkenalan. Jempu singgah blog saya http://alamwellness.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan juga Asmin Fahmi! =) in shaa Allah akan singgah blog anda...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete