Diari Kembara Turki (6)

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar....

Tergendala sebentar untuk saya menulis diari kembara Turki ini disebabkan beberapa perkara. Maaf semua! =) Alhamdulillah hari ini saya berpeluang untuk kembali menyambung tulisan ini.

Kembara ini masuk hari ke-6 dan ia semakin menarik. Hari kedua terakhir berada di bumi Uthmaniyyah ini menyebabkan dada terasa sebak dan ukiran rindu telah ada. Kami memulakan perjalanan hari ini dengan mengunjungi sebuah masjid yang indah lagi menenangkan. Kami juga sempat bersarapan di sana.












Setelah itu, kami menyelusuri lorong kecil untuk ke tugu memperingati peristiwa penawanan kota konstantinople oleh sultan al-fateh.





Akhirnya setelah berjalan melintasi tengah bandar, melintasi kedai cenderahati serta melihat gelagat para pelajar universiti berasak-asak, kami samapai juga di tugu tersebut...









Kami sempat memfoto momen yang indah itu ketika berada di tugu peringatan itu. Kelihatan gah bendera Turki berkibar di tengah bandar. Tugu yang dibuat itu melambangkan Sultan Al-fateh menaiki kudanya dan ulama' syeikh syamsudin. Kami juga merehatkan diri dengan menikmati teh turki sementara menunggu taklimat dan perjalanan seterusnya.

Kaki melangkah lagi ke destinasi seterusnya iaitu menziarahi makam sultan Al-fateh dan masjid yang menempatkan jenazahnya. Makamnya bersih dan tenang. Terdapat beberapa muslimah sedang membersihkan kawasan makam. Kami berteleku di situ dalam masa setengah jam dan kemudiannya melangkah pergi mengunjungi bazar di sebelah tepi masjid.





 cenderahati yang padat info tentang makam sultan al-fateh ini telah diberi oleh penjaga makam kepada kami.


Beginilah suasana di dalam masjid yang menempatkan makam sultan al-fateh. ketika ini kami mahu solat zohor berjemaah bersama penduduk sekitar.





Alhamdulillah, setelah kami selesai ke makam sultan al-fateh, perjalanan diteruskan ke sebuah lagi makam yang mana menempatkan sahabat nabi ridhwanullahu ajma'in iaitu makam abu ayyub al-ansori. Di bawah ini adalah gambar masjidnya. ketika kami masuk ke dalam, kelihatan sangat ramai manusia yang berasak-asak untuk berdoa, dan mengunjungi tempat ini.






Setelah penat berjalan, tibalah masanya untuk kami menikmati keindahan sebahagian kecil Istanbul dengan menaiki cable car.





Pemandangan indah dari atas bukit berdekatan makam abu ayyub al ansori.





Kemudian, kami berpeluang untuk menziarahi kubur sahabat kita, ahmad ammar yang telah meninggal dunia di turki dan dikebumikan juga di turki. Masya Allah!


 Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. segalanya hari ke 6 dapat kami selesaikan dengan baiknya.

:: moga kita juga ditempatkan bersama orang-orang soleh ketika pulang kepada Allah nanti! al-fatihah untuk semua yang telah kembali ke rahmatullah! ::

No comments:

Post a Comment