sELamaT hArI RaYa

selamat hari raya
selamat hari raya selamat hari raya
selamat hari raya

qurban, aidiladha, haji dan jangan main mercun ye...

wanita ISLAM adalah jundullah!


Semalam ketika waktu selepas maghrib seusai ana solat, ana membuka lembaran buku yang mana ana ambil dari rumah usang peninggalan almarhum tok wan. Tajuknya ialah 100 tokoh wanita terbilang. Walaupun ana suka membaca buku tentang Islam, tetapi banyak juga buku-buku lain di rumah ni contohnya buku2 Harry Potter, Komik dan Jurnal serta ensiklopedia. Buku yang ana baca semalam (tentang wanita terbilang) itu tertulis banyak nama2 tokoh yang ana sendiri tidak pernah mengetahuinya. Yang jelas mereka ini adalah pejuang Islam yang hebat. Tokoh srikandi yang cekap mengenalikan sejata dan bertarung.
Antara nama-nama yang tercatat ialah Zanubiya (ratu tadmur), Raail( dikenali zulaikha),al-Basus dan ramai lagi nama2 gah yang ada. Ana hanya sempat membaca kira2 tak sampai separuh pun buku itu kerana kedapatan hal yang mustahak perlu diselesaikan. Di sini, peranan wanita dalam memartabatkan Islam juga penting. lihatlah betapa sebuah negara itu baik kerana wanitanya baik,dan jika negara itu tidak baik adalah kerana wanitanya tidak baik..

setuju ke?? tepuk dada tanya iman...

ana sayang pada sahabat2!


Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar. Salam perjuangan dan ukhwah. Pabila perbincangan dibuka antara kami dalam mesyuarat, ana serta merta rasa sebak mengenangkan banyak masalah yang timbul dalam kampus. Rasa mahu menangis juga pabila mendengarkan kesulitan sahabat2. Rupanya banyak remaja bermasalah disebabkan kerana pecahnya institusi kekeluargaan dan pengaruh rakan sebaya. Malang bagi seorang daie yang hanya mampu mendengar tanpa berbuat apa-apa, bisik ana dalam hati tatkala mesyuarat selesai..


Ana sentiasa menabur doa kepada saudara2 di palestin,ambon, afghanistan, iraq dan thailand. Tetapi kadang2 ana lupa pada saudara2 yang ada di Malaysia yang lebih menderita oleh kerana peluru-peluru hedonisme, bom-bom budaya songsang, dan racun2 maksiat yang dilempar terus pada saudara2 ana di Malaysia. Sedangkan mereka lebih dekat dengan ana. Ya Allah, ampuni hambaMu yang lalai dan lemah ini.! Berapa ramai yang telah berzina dan memilih gaya hidup gay dan lesbian atau pengkid? semuanya tunas2 Islam yang menjadi penggerak Islam masa hadapan, bagaimana ini terjadi?


Ana sayangkan sahabat2 ana di Malaysia sbagaimana ana sayangkan sahabat2 di palestin..ohh,maafkan ana sahabat2! tak dapat bersama kalian tika kalian mahu jatuh ke lembah kemaksiatan, tidak dapat menarik tangan kalian untuk mendekatiNya, tak dapat menasihati kalian tika kalian lemah dan putus asa dengan pencipta...tetapi kalian jangan khuatir, takkan selamanya kalian akan duduk di lembah itu...ana akan merebut kalian daripada musuh kita, syaitan nir rajim....


Marilah para daie, kuatkan langkahmu supaya bisa mengharung jalan dakwah yang sukar. Usah biar dirimu terbeban oleh dunia dan seisinya. Marilah kita sama-sama merindui syurga Allah swt yang tercipta untuk kita dan para mad'u...alangkah baiknya kita dapat beriringan menuju ke sana...Ikatkan tali ukhwah untuk membina mahabbah supaya Islam berkembang menuju gemilang!!takbir!!

rindunya pada yang dah pergi...


Salam ukhwah sekencang dakwah! hari ini hari ketiga ana berada di rumah. Ana berazam nak gunakan waktu cuti ni dengan baik, sebab lagi 2 minggu dah nak balik ke kampus. Oleh sebab sahabat2 memerlukan ana untuk minggu aluan siswa. Alhamdulillah selepas mengharungi semester lepas dengan penuh mencabar, ana dapat juga menghabiskannya. Rasa perit pun ada, gembira pun ada.

Sedihnya bila teringat semester depan yang lebih mencabar dengan subek yang agak memeningkan, ditambah tugasan sampingan, berjuang kerana Islam dan banyak lagi. Sedih uga bila mengenangkan senior2 yang dah keluar. Apa khabar ukhti2 ku tersayang sekarang??masih ingat lagikah pada adikmu ini??

Salam rindu ini ana ucapkan khas buat ukhti2 yang berada di Malaysia, kak tiqah, kak aisyah haji osman, kak baitil aminah, kak zaida, kak waheeda (^_^), kak sahila, kak fisha, kak syuhada....emm,ramai lagilah...then, ukhti2 ku di singapore, kak mustafiyah ('',), nadiya, hakeemah, kak naqiya n others.....ana rindu ukhti2 smua!!

Harap kita dapat jumpa lagi.....

"WO AI NI ALLAH.."



Aku cinta Allah. Senang benar kata2 itu meluncur dari lidah kita,kan? Tapi perit sekali untuk memperjuangkan cinta ini bagai mengharung lautan api dan berdepan onak duri. Bagi diriku yang serba hina ini, mujahadah melawan nafsu dan syaitan yang berlegar-legar di setiap lohong hati ini memang payah. Aduh! kadang2 jatuh tersungkur lalu untuk bangun sangat sakit. Bak terjatuh dalam lumpur yang berlumut....




Tiap hari aku berusaha mempertahankan cinta itu tapi ada sahaja dugaan dunia yang datang..ya Allah pisahkanlah hambaMu ini dengan dunia dan seisinya.Tak sanggup rasanya hidup berjauhan dengan agamaMu..kadang-kadang tengah merintih atau menangis, ada sahaja kegembiraan dunia datang. Kegembiraan yang melalaikan..Rasa mahu jadi seperti Rabiatul Adawiyah, ahli sufi hebat.




Bila ada cinta manusia datang, cepat2 diri ini menepis seraya berkata "cinta Allah tak mampu ku gapai inikan pula mahu isikan hati ini dengan cinta lain." ya Rabbi, selagi mana cintaMu tak dapat ku genggami, selagi itu cinta manusia akan aku tepis...bolehkah begitu? kahwin itu sunnah rasulullah saw kekasihku...selagi Allah swt tak tunjukkan siapa, aku takkan pandai2 memilih dan selagi itu akan ku gagahi untuk mencari cintaMu...




Aku cinta pada Allah, tenangnya saat bersamaMu, segala resah hilang sekelip mata, jiwa rasa terbang melayang-layang gembira tatkala bersunyi-sunyian denganMu..indahnya cinta kepadaMu ya Allah...ya Allah, aku bersyukur Engkau pagari diriku dengan 'kawat berduri' tanda sebagai benteng diri dari sebarang cinta yang melalaikan..akan ku jaga 'kawat berduri' itu dan mengukuhkannya, agar satu hari nanti aku dapat mengecapi cintaku kepadaMu yang hakiki......




~aku mujahidah.setiap hari meminta belas ihsan Allah,supaya menjadikan aku zuhud. kerana kutahu rahsia iman itu zuhud......~


kupersembahkan kepada kalian.....hijab my choice.


~I LOVE MY MUSLIMAH IDENTITY~



cuti semester bermula!


Salam ukhwah semua....hari ini adalah hari terakhir sahabat-sahabat ana berjuang di dewan peperiksaan. Selamat berjaya sahabat-sahabat! exam ana dah tamat hari rabu kelmarin. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan sekarang hanya tawakal tu 'ala Allah...walaupun begitu ana dan beberapa sahabat tidak dapat pulang ke kampung hari ni memandangkan kami ada program kursus kepimpinan dan forum bicara intelek. Hmm...

Cuti semester ni sangat pendek, kira-kira 2 minggu saja, kerana ana dan sahabat2 akan pulang ke kampus bagi mengendalikan kemasukan pelajar intake yang akan datang. Agak penat tapi menyeronokkan..kembali ke rumah, pasti umi dan abah sudah punya perancangan untuk kami sekeluarga berehlah. Ana harap cuti ni dapat menjenguk makcik yang berada di Perak. Juga rindu pada adik sepupu ana, Hakim yang nakal! Cuti ni juga ana berhasrat untuk 'survey' beberapa buah rumah kebajikan untuk dilawati kelak.

Kepada sahabat2 yang bercuti, isi cuti ini dengan perkara yang berfaedah. Jumpa lagi semester depan! Insya Allah.....

undang-undang Islam

salam perjuangan sahabat-sahabat..minggu ini telah ana berhempas pulas,pening kepala, memamah ilmu di buku dihadam dalam ingatan moga2 ilmu itu selamanya kekal..petang tadi satu lagi perjuangan exam ana hadapi..Pabila menjawab subjek undang-undang Islam tadi, ana dapat merasakan bahawa undang-undang Islam di Malaysia sangat cetek, tertindas, dan lama kelamaan akan lenyap ditelan umat akhir zaman yang makin lalai. Bila terkenangkan begitu cepat-cepat diri ini menyematkan azam untuk menjadi seorang peguam yang kembali mengangkat martabat institusi mahkamah syariah dan undang-undang Islam. Selain menjadi seorang daie yang baik, sabar dan sentiasa dekat dengan Allah swt dan Rasulullah saw.

Seorang sahabat ana sering menasihati ana tentang sabar dalam apa jua keadaan, alhamdulillah makin banyak nasihat dan teguran sahabat insya Allah akan bertambah sabar ini. Hmm..berbalik pada undang-undang Islam tadi, ana melihat perancangan orang kafir dalam merencanakan tumbangnya Islam di tanah melayu memang teliti. Mereka strategis! Tapi umat Islam lebih strategis, dan ana yakin satu hari nanti mereka leka dengan hebatnya mereka dan ketika itu umat Islam (kami pejuang2 Islam ) akan menggempur mereka. Menggempur dengan ilmu dan kekuatan maksimum seperti kembalinya 'Khalid al Walid', 'sultan Salahudin ayubi', 'Sultan al fateh' serta sahabat2.. Saat itu pasti mereka terpinga-pinga lantas terkaget-kaget! (impian yang pasti jadi kenyataan,insya Allah!)


Mereka masuk ke tanah melayu dahulu dan menyempitkan kuasa mahkamah syariah, sesuka hati mencampuri urusan agama dan adat, dan memasukkan undang2 Inggeris dalam undang 2 syariah. Terasa kesal dan sedih melihat negeri2 di tanah melayu yang dahulunya gah melaksanakan hukum Allah tapi sekarang hukum Allah dihina-hinakan...bagaimana?? Pengaruh orang kafir lebih kuat malah menjadikan segala urusan kehidupan kita tidak lari dari unsur2 lagha.

Ayuh! para daie dan pimpinan masa hadapan..mulakan langkah, kuatkan azam menegakkan kembali hukum terhebat dunia: hukum Allah!!!Bila lagi kita mahu menjadi penggerak? jangan terus menjadi pemerhati......

demam exam

Salam ukhwah fillah...hm,bermula hari semalam ana dan sahabat-sahabat sudah mula berjuang di pentas peperiksaan. Rasanya berat jugalah otak ni, tapi apakan daya....sebelum exam bermula ana dan sahabat ada membincangkan tentang beberapa keburukan exam ke atas ilmu yang dipelajari...

1-para pelajar akan membaca hanya apabila menjelang exam
2-ilmu akan hilang selepas keluar dewan exam
3-ilmu itu hanya dihafal bukan difahami dan dihayati
4-bertentangan dengan amalan menuntut ilmu para cendekiawan Islam dahulu

Kerana itu orang yang berilmu di zaman sekarang kurang mengamalkan apa yang dipelajari. Seperti kata pepatah arab "ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah.." Orang yang bekerja kelak setelah mendapat segulung ijazah pula membuat perkara yang menyalahi etika seperti rasuah, penipuan dan lain-lain. Hal ini kerana ilmu yang tidak berkat dan manfaat.

Demam peperiksaan yang melanda kampus memperlihatkan ana dan sahabat-sahabat
berhempas pulas menyiapkan diri menghadapi exam. Doakan lah kami......=)