perak negeri ku....(n_n)

Ana sedih bila teringat akan nasib pemimpin Islam yang ditindas kezaliman dan hidup sebagai seorang penderhaka. Bagi ana Menteri Besar Perak, Ir Nizar (ana masih mengaggap beliau mb kerana beliau mmg layak) tidak menderhaka kepada sultan perak tapi beliau hanya menuntut hak seperti yang sepatutnya. Dengan masalah sosial yang makin teruk dalam negtara kita ini, janganlah lagi pemimpin2 menunjukkan teladan yang tidak baik seperti rasuah dan saling tindas-menindas.

Kenapa ya para pemimpin berbalah sedangkan musuh di sekitar kita hanya tunggu masa menyerang dan menjajah kita secara zahir seperti palestin?Malaysia bakal jadi macam palestin kalau kita tak sedar dari sekarang! situasi kita sekarang sangat sama dengan palestin dahulu...kalau negara kita diserang musuh adakah saf tentera kita bersedia dan dapat bertahan???

Sangat tidak relevan apabila ingin menahan saudara Ir Nizar di bawah ISA. Akta yang sebegitu sangat zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Mereka tidak pernah dibicarakan apabila ditahan, mereka juga susah berjumpa dengan keluarga dan mereka bukan disoal siasat tapi disoal 'siat-siat'. mungkin sangat kasar bahasa ana tapi itulah hakikat yang terpaksa di perkatakan. Hukum Islam yang berasal dari Allah dipermain tapi kedaulatan raja ditinggikan. tak salah untuk mendaulatkan raja tapi perlu mendaulatkan Allah dahulu. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang ana kasihi..ana ingin kita semula kembali ke medan perjuangan mendaulatkan Islam di bumi Allah swt ini.

Sungguh senang hati ana bila melihat dan mendengar sahabat-sahabat yang turun ke negeri Perak bagi menyatakan sokongan kepada saudara Ir Nizar. Ana tak sabar nak turun juga dan bersama sahabat2 bersusah senang mengerah tenaga untuk kembali menaikkan Islam di Perak. Rakyat sudah menunjukkan isyarat kepada semua bahawa mereka memang memerlukan saudara Ir Nizar sebagai pemimpin, jadi buat apa kita mengecewakan rakyat yang memilihnya. Cuba mereka bayang kan kerajaan pembangkang yang buat macam tu?mau memberontak mereka! Pasal saudara Anwar Ibrahim umum tarikh 16 Sept tu pun, mereka dah cuak..inikan pula PR dapat jadi kerajaan...tak tahulah macam mana reaksi mereka.

Marilah sama-sama pendokong perjuangan Islam serta rakyat yang cinta akan keamanan dan keadilan,kita doakan agar saudara Ir Nizar dan kerajaan PR di Perak akan bertahan dan terselamat dari fitnah dan kezaliman pihak-pihak yang sentiasa dengki dan meminggirkan Islam.

Wallahu'alam...

*ingin sekali aku hidup dalam buangan kerana Islam kerana aku yakin cinta Allah akan
bersamaku....kerana aku yakin syahid tertinggi menantiku....

1 comment:

  1. salam sahabatku, maaflah ana baru bukak blog anti... sama2 lah kita berdoa semoga mereka semua mampu bertahan..ermm, anti ada tulis sal sahabat2 turun ke perak kan? ari tu ana ada buka blog tahap, ana buka la jugak blog2 ex tahap,. ada juga antara mereka pergi ke perak, beruntng la mereka yg dapat pergi..

    ReplyDelete