T.O.D.A.Y

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar,

Selawat dan salam buat Nabi saw, keluarga dan sahabat baginda serta semua pejuang Islam, pejuang kebenaran yang sedang bertebaran di serata dunia. Tiada yang indah dalam hidup seorang pejuang melainkan dapat menyatakan kebenaran dan sebaik-baik jihad ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.  

Jujurnya, selepas pulang ke Malaysia pada awal tahun 2014 aku tidak terlalu berminat untuk membicarakan hal politik baik kerajaan atau pembangkang. Aku lebih suka membaca politik luar negara seperti di timur tengah. Tapi, aku tidak terlepas mengikuti perkembangan politik Malaysia secara senyap, kalau mahu kritik pun bila dengan kawan-kawan rapat yang sekepala. Walaupun aku tahu keadaan Malaysia sekarang, sebagai rakyat kita perlu cakna dan mengambil tindakan sebagai rakyat untuk menegakkan kebenaran. 





Macam abah selalu kata, dalam politik ni ramai orang yang tak baik dari yang baik, yang tulus membantu rakyat dan tidak buta apabila sedang memegang kuasa. Lebih menyedihkan, tokoh-tokoh politik yang ku kagumi sejak dulu seorang demi seorang meninggalkan dunia ini atau dizalimi rejim. Hari ini aku mengikuti perkembangan kes YB Rafizi Ramli yang dikenakan hukuman penjara selama 18 bulan oleh mahkamah. Aku mengikuti debat, perbincangan, ceramah dan penerangan beliau tentang isu-isu negara seperti GST, PTPTN, 1MDB dan LTAT. Aku rasa rakyat yang mengambil cakna dan menimbang tara semua yang ditimbulkan oleh beliau ni boleh fikir mana yang betul dan salah (dengan fikiran dan hati yang terbuka lah..). 

Aku terfikir, 

sampai bila rakyat yang membongkar keborosan pemimpin dan ketirisan wang negara akan ditangkap dan bukannya perompak sebenar?





:: BebasNegarakuBangkitRakyatku ::      


(14 Safar/14 November)

No comments:

Post a Comment