Selamat Pengantin baru ustazah!


Salam semua....ana doakan semuanya dalam keadaan sihat dan dinaungi Allah swt. Sempena cuti sekolah ni banyak pula kenduri kahwin. Semalam ustazah ana telah melangsungkan perkahwinan di kampungnya,Kuala Lipis. Selamat ya ustazh! moga kekal ke akhir hayat. Dikurniakan anak yang soleh dan solehah serta membina baitul muslim yang dirahmati Allah.

Walaupun tidak berkesempatan untuk pergi, ana sempat memberi sms ucap selamat pada ustazah. Pagi-pagi lagi dah bagi. Semoga lepas ni masih jadi penjaga kami lagi ya! Ya Allah, kurniakan kebahagian kepada pendidikku dalam pernikahannya di dunia dan akhirat.......amiin

No comments:

Post a Comment