ana ke muktamar




Salam perjuangan sahabat semua. .akhirnya selesai sudah muktamar PAS dengan penuh meriah.walaupun telah beberapa hari berlalu tapi ana sengaja mahu cite kan serba sedikit keadaan dia sana .memandangkan ana di kelantan pun hanya sehingga 12 hb Jun sahaja. Keadaan di bandar kota bharu meriah dengan kibaran bendera bulan setibanya ana dan keluarga memasuki daerah itu. Kereta ke PUTIK penuh sesak dan ramai yang sanggup berjalan jauh bagi mendapatkan parking. Sesampainya di sana kelihatan kebanyakan yang hadir memakai kain lilit leher 'al-quds', 'save palestine' dan banyak lagi .wah! Ucapan dasar Tuan Guru Presiden juga penuh dengan isi dan hala tuju parti, tarbiah dan isu2 semasa.( ana tak pandai nak ulas banyak2)Sahabat-sahabat juga ramai yang datang ke muktamar antaranya sahabat GAMIS, sahabat kampus dan anak negeri. Alhamdulillah dapat juga kami mengeratkan ukhwah di sana, bertukar buah fikiran dan berkenalan dengan sahabat yang lain. Sesungguhnya ana rindu dengan keadaan sebegini, iaitu keadaan yang harmoni dan penuh islami......semoga ianya kekal!selamat berjuang dan semoga dalam rahmat Allah perjuangan kita!!!amiin.

No comments:

Post a Comment