~cinta dan rindu ini buatMU~


Syukur Alhamdulillah ku panjatkan untukMu Allahu Rabbi......cintaNya datang lagi menjengah masa sibuk hari-hari kebelakangan ini. Tak dapat disangkal dan dielakkan lagi dek hati bahawa Engkaulah cintaku, yang membuatkan hari-hariku lebih tenang dan ceria.....Sungguh! Hamba lemah ini sentiasa berbuat maksiat dan dosa, membuat Mu murka, membuat syaitan gembira....walau begitu hati ini sentiasa menanti sinar hidayah Mu yang dapat membersihkan hati dari debu dan kekotoran dunia.

Tak menyangka aku di tengah sempit dengan ujian, Allah datangkan kesenangan dan harapan.Oh tuhan! Engkau lah yang Maha Mengasihi, Maha PenyayAng dan Maha Pengampun...terasa insaf dalam relung hati ini atas belas ihsan Rabbi pada ku........mana ada manusia yang boleh memberikan kebaikan yang begitu besar setelah dilakukan kejahatan pada dirinya??kerana manusia itu serba lemah dan tidak sempurna....Ya Allah...permudahkan urusanku di dunia dan akhirat......jadikan aku orang yang tabah dan beriman kepada Mu....



Ya Allah ya tuhanku.....Engkaulah kekasih agungku!

No comments:

Post a Comment