2 hari lagi ke fasa lain


Salam ukhwah semua......masih berbaki 2 hari lagi sbelum ayah saudara ana yang paling rapat untuk ke gerbang perkahwinan. Esok, rombongan keluarga kami akan ke Kelantan bagi ke rumah pengantin muslimah. Rasa gembira melihat beliau nak walimah, cepat benar masa berlalu. Ayah saudara ana ni agak lambat berkahwin kerana menjaga nenek yang telah tua (sekarang nenek sudah meninggal dunia).

Alhamdulillah berkat doa semua dan kebaikannya menjaga nenek beliau dikurniakan seorang muslimah yang baik. semoga bahagia ke akhir hayat. Doakanlah ya!
Selamat pengantin baru kepada semua yang membina masjid pada cuti ini...ya Allah berikanlah kami zuriat yang menjadi penyejuk mata kami....amiin.

No comments:

Post a Comment