Jejak-jejak Islam

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar. selawat dan salam buat junjungan Nabi saw, keluarga dan para sahabat baginda. tidak pernah terlupakan buat semua pejuang agama Allah swt yang sentiasa tabah melalui ranjau dan kemanisan dalam menyampaikan dakwahnya.

Usai penulisan tesis master tamadun Islam, aku masih lagi belum lagi berhenti untuk mencari jejak-jejak nenek moyang Islam di serata dunia. Ku fikir, hampir setiap lorong dan jalan di dunia ini pernah dilalui oleh mereka, satu umat yang hebat. Inspirasi ini yang membuat aku tak mudah berhenti, tak pernah putus asa dalam kehidupan di dunia ini. Kisah-kisah mereka ini membakar semangat dan mengajarkan diri aku menjadi setabah mereka dalam banyak keadaan terutamanya dalam menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu kepada anak-anak didikku.




Tanpa mengetahui sejarah nenek moyang mereka, umat Islam akan makin lemah. Lebih-lebih lagi pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Islam ketika akhir zaman ini membuatkan umat Islam sebahagian besarnya memandang serong pada agama mereka. Demikian juga ada yang merendahkan Islam dan menganggap Islam agama yang terkebelakang dan suka pada kemunduran tanpa mereka melihat kepada sejarah Islam dahulu.

Aku tidak pernah menyesal akan jalan yang ku pilih untuk menyambung dalam tamadun Islam. Kerana aku yakin setiap orang Islam itu ada fungsi dan bidang yang mereka perlu bangunkan mengikut kemahiran dan kreativiti masing-masing. Aku selalu teringat tentang satu bait kata-kata yang indah dalam filem 99 cahaya di langit Eropah:



"Islam bukan hanya tentang jalan yang kita pilih tetapi juga jejak yang kita tinggalkan. Peradaban Islam itu dibangun dengan karya, kreativitas untuk meraih redhaNya bukan dengan simbol semata."

Aku mahu membangun anak-anak Islam yang ada di dunia ini dengan sejarah Islam. Mereka perlu dikejutkan dari lena yang panjang dan menyedari tanggungjawab yang berat untuk menjadi ejen perubahan dunia(a better world) dan ejen pengaman dunia (Islam bring peace).



Fi amanillah,

AinulMardhiahFisabilillah 10 Februari 2017~

1 comment:

  1. Kagum betul dengan ustazah... Sllu menginspirasikan. Good luck ustazah

    ReplyDelete