kiamat semakin akrab



Salam peringatan buat semua manusia....wahai manusia, dunia semakin tua dan mencecah ke penghujungnya. Sedarlah wahai manusia..takut-takut terlambat untuk menyembah Allah meminta taubat nasuha..semakin hari ada sahaja tanda-tanda kiamat yang muncul di depan mata. Adakah kita begitu angkuh untuk sujud pinta ampun?? wahai manusia yang alpa, bangunlah dari lena kelalaian ini! sesungguhnya muka bumi ini akan hancur tidak lama lagi!

Allah swt Maha Menerima Taubat wahai semua...adakah kita sanggup menjadi bahan bakar api neraka? teguh sangatkah tubuh kita ini? Di dunia tempat kita menanam tanaman amal dan hasilnya kita dapat diakhirat.. jika baik amalnya, kita bakal memasuki syurga Allah dengan rahmatNya..andai tidak dunia gelap itu (neraka jahannam) menjadi tempat kita..Bisakah kita putar kembali masa yang terbuang? tentu sekali tidak......

Bermacam-macam bencana dunia terjadi. Ribut, Banjir, gempa bumi, tsunami dan yang paling ngeri apabila melihat gejala sosial semakin membarah ditambah dengan kerakusan manusia berbunuh-bunuhan... wahai manusia, di mana keprihatinanmu? di mana letaknya insaf yang sepatutnya semakin menyesak di dada kini?
Bencana datang kerana kemurkaan Allah dan ujian dari Nya kerana melihatkan kelupaan yang berterusan dari kita! Bukankah dahulu tanah pernah bersuara pada Allah ingin menggulung manusia di atasnya dan langit ingin sahaja runtuh lantaran menjadi penyaksi keadaan manusia yang tidak pernah leka membuat Allah murka? Tapi.... Allah swt malah tidak mebenarkannya.....Allah Maha Penyayang!

Mari kita insaf, kerdilkan diri ini dihadapanNya......andai kita bertaubat, tidak sia-sia taubat itu...Malah Allah paling mengsihi orang yang bertaubat...selangkah kita mengarah kepadaNya, seribu langkah Dia hampir pada kita.....c
intailah Allah melebihi segalanya....


No comments:

Post a Comment