ingin mati di mekah atau madinah



Salam jihad... Tadi, seusai habis ke library ana dan seorang sahabat karib duduk di halaman hostel. Perbualan kami berkisar tentang pengisian cuti yang tak lama lagi. Ana insya Allah akan jadi tenaga pengajar sementara di PASTI. Cuti ni juga pak cik ana akan walimah dan juga ada program keluarga. Agak penuh jadual cuti 3 bulan ini. Hak selepas perceraian orang bukan Islam, itu tajuk kajian ana. Mendengarkan beberapa sahabat yang hendak menunaikan umah cuti ini, sayu ana. Semester lepas terlalu banyak halangan... Harap-harapnya cuti ini ana dijemput Allah untuk ke rumahNya..harap-harap juga pengakhiran hidup ini di sana...=)

Setiap pejuang mengingini untuk pengakhiran yang gemilang dan baik..bertemu Rabb dalam keadaan suci. Ya ALLAH hambaMu ini sudah rindu untuk kesana..kabulkanlah...

No comments:

Post a Comment