bacalah surah an-nass dalam hatimu...


Bacalah surah an-nass dalam hatimu mahupun di atas lidahmu supaya kau terjauh dari syak wasangka dan ragu yang dibuat syaitan dan iblis. Hatimu itu mudah benar dirobek perasaan yang tidak sepatutnya ada dalam hati seorang hamba, selalu sahaja ibadahmu terganggu dan aqidahmu runtuh tatkala bisikan-bisikan itu datang. Sesungguhnya ujian hati itu lebih besar mujahadahnya dan lebih besar parahnya..jika berjaya maka kau akan jadi lebih kuat manakala jika tewas kelak kau akan tersungkur dan susah bangkit kembali...surah yang khusus bagi melawan bisikan itu..


"ingatlah Allah dalam hatimu, nescaya tiada duka buatmu..."


Surah an nass bermaksud manusia, diturunkan di mekah dan mengandungi 6 ayat. Terjemahannya ialah:


1~katakanlah (wahai Muhammad): aku berlindung kepada ttuhan yang mendidik manusia.

2~raja manusia

3~tuhan manusia

4~daripada kejahatan bisikan syaitan biasa bersembunyi

5~yang membisikkan dalam hati manusia

6~iaitu bangsa jin dan manusia


Semoga di bulan ramadhan yang mulia ini kita bukan sahaja bertadarus al quran tetapi memahami al quran yang mulia diturunkan kepada umat manusia....wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment