MERINDUI RASULULLAH

Saya suka betul pada buku yang bertajuk 'kenangan manis dan senyuman bersama rasulullah saw'. Salah satu kisah yang menjadi kegemaran saya ialah bertajuk 'ketika mendengar jawapan Aisyah ra'.

Rasulullah saw suka bermain dengan anak-anak kecil termasuklah isterinya Saidatina Aisyah ra. Kadangkala baginda bermain kejar-kejar bersama isterinya itu.
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bahawa pada suatu ketika Aisyah ra bercerita: "aku pernah bermain anak patung berhampiran rasulullah saw.Pada waktu itu terdapat beberapa rakan sebayaku yang turut bermain."
Ketika rasulullah datang, mereka takut dan bersembunyi sedangkan baginda suka mereka menemaniku dan turut bermain.
Dalam riwayat lain disebutkan bahawa rasulullah pernah bertanya kepada Aisyah yang sedang sibuk bermain dengan anak patungnya: "apakah ini wahai Aisyah?"
Aisyah menjawab: "ini adalah anak-anakku"
Rasulullah bertanya:"yang ditengah-tengahnya?"
Aisyah menjawab:"ini kuda"
Rasulullah bertanya lagi:"lalu apa yang di tengah-tengahnya?"
Aisyah menjawab:"di tengah-tengahnya juga kuda."
Rasulullah bertanya:"yang di atas punggungnya?"
Aisyah menjawab:"itu kedua sayapnya."
Rasulullah bertanya lagi:"kenapa kuda mempunyai sayap?"
Aisyah menjawab:"tidakkah engkau pernah mendengar bahawa Nabi Sulaiman putera
Nabi Daud mempunyai kuda yang bersayap?"

Mendengar jawapan isterinya yang terlalu muda itu,Rasulullah saw tersenyum sehingga nampakkedua gigi depannya. Senyuman rasulullah itu adalah kerana jawapan Aisyah yang lucu, seperti jawapan kanak-kanak yang berkhayal dan menggambarkan barang mainannya.

Ada banyak lagi kisah yang menarik hendak saya kongsi tapi mungkin lain kali. Saya perlu cari bahan untuk buat slide show bahana valentine day untuk kampus. Salam munajat di waktu hening...............

Apabila pertama kali melihat slide ini saya rasa kerdil dan hina. Berulang kali saya melihat isi kandungannya. Memang bagus!

1 comment:

  1. Salam sahabatku fisabilillah.. Aiwah, baguslah penulisan anti, dah macam seorang penulis je, ceeh( ni ana doakan ni, AMIIN).. SALAM UKHWAH FISABILILLAH

    ReplyDelete