DIARI PEJUANG ISLAM


Pagi. Sekarang pukul 10.24 pagi. Aku sendirian di masjid mengenang hablumminannas..betulkah perlu? mereka seolah tak memahamiku, mereka seolah tak memahamiku. Mereka mahu aku jadi seperti kak Naiemah. Aku tak boleh! Pemikiranku kasar,mindaku kecil. Tiada ruang untuk aku menzahirkan segala idea dan caraku. Tak adil sungguh mereka. Ah, pedulikan!


Seekor kucing belang hitam lalu di hadapanku. Aku buat tak endah. Telefon bimbitku berdering dan terpapar dan terpapar nama kak naiemah menelefon. Malas aku mahu menjawabnya. Aku tahu diri ini tidak layak. Selama ini pun aku selalu memujuk hati untuk bersabar dan menerima segala masalah dan tekanan yang datang. Aku bertanya pada diri tentang perkara itu; orang membandingkan aku dengan kak naiemah. Setiap kali aku teringatkan perkara itu, air mata pasti gugur. Sudah banyak kali aku terluka! Kak Kimah sering saja buat aku rasa diri ini terlalu kerdil, lemah, tiada pertahanan diri, walaupun hakikatnya aku memang lemah. Kali ini kak Syatrah pula menelefon aku. Tolonglah! adakah perlu aku korbankan jiwa dan perasaan demi jemaah?! Tutup.

No comments:

Post a Comment