BUAT SAHABATKU YANG JAUH NUN DI UTARA......


SALAM UKHWAH,FISABILILLAH.....


apa khabar?maaflah anti..ana di sini tersangat sibuk!minggu lepas adalah minggu mimpi ngeri dan dahsyat bg ana...hanya tidur saja kat dalam bilik, masa yang lebih tu keluar buat kerja,pergi kuliah, mesyuarat jabatan ana dan tugasan sampingan.Fuh! kira dah macam orang kerja lah!Sampaikan roomate ana kate ana lebih sibuk dari paklah...hehe


Tapi apa-apa hal pun ana takkan lupa pada sahabat ana yang sorang ni. Ana tiada tips dan perkara yang boleh diamalkan untuk jadi muslimah sejati....bukan apa, belum layak lagi bertaraf muslimah sejati tu....besar sangat darjatnya di sisi Allah....Tapi mungkin satu dua perkara tu bolehlah kongsi sebagai peringatan bersama dan panduan di hari mendatang..wah2 sastera sungguh bahasa ana!


Ana suka merujuk kepada buku karangn Fathi Yakan brtajuk 'apa ertinya saya menganut islam?'..kat dalam buku ni banyak ciri-ciri muslim/ah sejati walaupun tidak digariskan. Selain tu,kalau anti rasa buku ni susah nak difahami atau sebagainya,anti bolehla anti baca buku tentang kisah2 muslimah teragung seperti Fatimah az Zahra, Saidatina Khadijah, Aisyah ra, ataupun rabiah al adawiyah....Mungkin buku-buku itu jenis yang pemikirannya tidak begitu berat sangat..Anti jangan gundah dan risau tentang muslimah sejati....Milikilah sifat sabar dan penyayang tidak mengira sesiapa pun,hatta seekor binatang..sabar adalah sangat sukar dan sangat dituntut dalam islam,jadi lengkapilah diri kita dengan sifat ini. Penyayang dengan keluarga, sahabat dan diri sendiri. Ingat lagi tak pesan rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud:


"siapa yang tidak menyayangi,dia tidak akan disayangi"


So...untuk menjalin ukhwah,kita yang perlu mula dahulu ok!itu ciri-ciri muslimah sejati yang dianjurkan islam iaitu dengan berkasih sayang sesama makhluk.Tapi jangan salah tafsirkan pulak! antara muslimat dengan muslimat ye...kalau muslimin dengan muslimin dengan muslimat tu berkasih sayang la kerana Allah....


Muslimah sejati ni ibarat kan seperti srikandi perjuangan islam yang akan sentiasa menegakkan syiar islam kat muka bumi ni..Tak semestinya pergi ke medan perang membantu kaum adam tapi dengan mengasuh anak2 menjadi para mujahidin dan mujahidah dunia islam..ana rasa macam dah terlangkau jauh sungguh pemikiran..sampai ke anak cucu pulak!Tak pe lah kot....


Muslimah sejati juga bukan sahaja hebat pada sifat dan perjuangan tapi juga hebat bila berhadapan dengan rabbnya,Allah swt...mengisi masa sepertiga malam dengan tahajjud dan solat sunat taubat..mengaku diri kerdil dan lemah..

Anti mesti ingat kata-kata ni....


'sebutir air mata yg jatuh krana keinsfan adalah seribu kali lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan..sesaat bersedih kerana redha Allah adalah lebih mulia daripada seharian bersedih kerana cinta manusia..sejernih wajah kerana berwudhu' yang sempurna adalah lebih bercahaya daripda kilauan gunung prmata..sesuci hati kerana Allah itu lah hakikat cinta ilahi....'


Renung2 kanlah kita semua wahai muslimah, yang menggelarkan diri mujahidah....

Andai takdir kita menemui tuhan esok hari..biarlah bibir kita tersenyum, tubuh kita melampiaskan haruman kasturi,jasad kita bercahaya....................


Ana tidak sesempurna muahidah2 dahulu.....tapi tidak salah kan jika kita bermimpi?tak salah kan kita berusaha menjadi mereka?


adakah ana menjawab persoalan anti?kalu tak lagi...anti letakkan komen,nanti ana akan cari jawapan untuk persoaln anti sampai anti sudah tidak ragu2 lagi untuk jadi muslimah sejati idaman dunia,kecintaan syurga.....=)


wallahu'alam

video

hayatilah video ini..semoga kita lebih insaf terutama para sahabat remaja,retua sekalian....

1 comment:

  1. waa,ade ciri2 muslimah sejati nih..teruskn perjuangan di jalan Allah..mudah2an ape jua yg kita buat,mndpt redha-NYA =)

    ReplyDelete