Jangan bersedih sahabat! Gagahkan diri!



Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda....para pejuang Islam di seluruh dunia dan adik-beradik seakidah sefikrah. Assalamu'alaikum wrt.....




Menangis, sedih, gembira, marah, kecewa merupakan rutin dalam hidup kita. Tekanan hidup, keperluan yang mendesak dan kesibukan yang terlampau kadangkala menyebabkan kita lupa pada Allah. Lupa untuk mengadu kesedihan, kemarahan, ke 'stress'an, dan apa sahaja pada Rabb kita. Sedangkan segala sesuatu yang berlaku adalah datang dariNya. Astaghfirullah....




Sahabat-sahabatku yang dikasihi Nabi saw, dengan kita mengadu dan merintih serta bersujud pada Nya, tahukah kita bahawa ia dapat mengurangkan segala resah gelisah yang menyelubungi hati. Ujian diberikan untuk jadikan kita kuat demi yang Maha Kuat! Pada ketika itu menangis lah semahunya, Allah Maha Mendengar rintihanmu, kalian! Setiap masalah dan badai ujian walau sedahsyat mana pun ia, berbaliklah kepada Allah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.




Gagahkan diri menjadi yang terbaik di pandangan Allah..Seperti kata-kata dalam filem 'sang pencerah' yang baru ana tonton:




"seorang pemimpin yang baik di pandangan Allah tidak akan pernah meninggalkan keluarganya apatah lagi ummatnya..."




Ayuh, tegarkan diri menjadi insan yang terbaik dari segala aspek, ukhrawi dan duniawi...kesatlah airmata semalam yang jatuh. Bina kembali semangat dan jati diri. Iman yang kelmarinnya pudar, gilapkan semula. Padamkan garisan duka di wajah dan ukirkan senyuman. Agar dirimu menjadi kebanggaan agama dan supaya tidak sia-sia pengorbanan Rasulullah saw...




siiru 'ala barakatillah.

1 comment:

  1. Sang pencerah.. Filem kisah apa tue. kat mana nak download free(^-^)

    ReplyDelete