Ya Allah, menangkanlah kami!







Salam 'alaik kepada semua para pejuang agama Allah swt yang bertebaran di atas muka bumi ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda. Moga Allah swt menaungi rahmatNya pada kita semua.



Wahai para pemuda pemudi Islam,


Kemenangan umat Islam atau lebih tepat lagi pejuang Islam bukanlah kerana bilangannya yang ramai, kerana bilangan yang ramai tidak menjamin kekuatan. Kemenangan ini bukanlah kerana peralatan yang canggih dan hebat, kerana itu semua tidak menjamin kegagahan.


TAPI........................


KEKALAHAN PEJUANG ISLAM ADALAH KERANA KEMAKSIATAN YANG DILAKUKAN OLEH KITA SENDIRI. KEKALAHAN INI DISEBABKAN OLEH PERLAKUAN KITA YANG MENEMPAH MURKA ALLAH SWT. ALLAHUAKBAR!



Hanya iman dan taqwa yang dapat mengalahkan kebatilan dan memerangi musuh-musuh Allah..Lihatlah sejarah bangkitnya Islam yang tercatat megah, walaupun musuh-musuh Allah cuba untuk memadamnya, ia seakan mustahil. Memang sangat menakutkan apabila pemuda pemudi Islam yang tajam hujahnya, kuat badannya, dan hebat tahajudnya menyertai saf-saf perjuangan sama ada di medan perang atau di medan hujah. Subhanallah!


Para pejuang Islam sentiasa meminta supaya dimenangkan dalam perjuangan tapi sentiasa bermalas-malasan untuk bergerak kerja..para pejuang Islam sentiasa meminta supaya dipermudahkan segala urusan sedangkan dalam masa yang sama melakukan kemaksiatan yang mengundang murka Allah..para pejuang Islam sentiasa meminta supaya dimudahkan urusan sedangkan sentiasa berlengah-lengah untuk taqarrub ke Allah...Astaghfirullah!


Ya Allah menangkanlah kami dengan iman dan taqwa supaya kami tak leka dengan kemenangan. Ya Rahman, Menangkanlah kami dengan nikmat-nikmat yang Engkau berkati agar kami sentiasa menjadi orang yang bersyukur. Ya Qowiyy, Menangkanlah kami dengan hati-hati kami sentiasa terikat dalam ukhwah IslamiyyahMu agar kami tidak pernah bermusuhan......menangkanlah kami!!.amiin ya rabb....



siiru 'ala barakatillah..


~Salam perjuangan dari bumi anbiya'~

16 november 2011

No comments:

Post a Comment