PALESTIN DALAM INGATANKU SENTIASA


Salam mujahadah semua.. dua tiga hari lepas ana teringat-ingat tentang program Mahabbah Palestin yang berlangsung di kampus ana. Ya Allah, rasa teruja waktu mendengar pengalaman relawan kita dalam kapal Mavi Marmara. Ia sangat memotivasikan ana dan sahabat-sahabat. Dari kecil ana diperdengarkan dengan kezaliman Zionis, perjuangan penduduk Palestin, tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, Hamas dan pejuang Islam. Hingga ana sekolah menengah, ana ditanamkan dengan semangat cintakan mati syahid oleh seorang murabbi yang hebat. Alhamdulillah!


Sesungguhnya negara palestin, penduduknya, al-aqsa dan perjuangannya tidak pernah luput dari ingatan ana dulu, kini dan selamanya.Insya Allah. Kalau ditinjau-tinjau, berita mengenai Palestin tidak henti-henti dilaporkan walaupun sesekali tenggelam oleh berita PRN Sarawak, video Ketua Pembangkang, dan berita Tsunami tempoh hari. Ketika negara Mesir dilanda demonstrasi besar-besaran dan sekarang merebak ke beberapa buah negara lain, terdetik di hati bahawa tidak lama lagi semua umat Islam bakal bebas solat di dalam al-aqsa dan membina kembali negara Palestin semula. Allahuakbar!


Penduduk dunia juga hampir setiap hari mengenang relawan-relawan yang terkorban. Dunia membuka mata atas kekejaman Zionis yang selama ini disorokkan Amerika dan sekutunya. Terima kasih wira-wira Mavi Marmara! Ganjaran Allah swt besar buatmu....


~Ingin aku berdiri di sof-sof perjuangan,

tetapi itu takkan semudah yang dikata,

jiwa dan hati harus disiapkan dahulu,

menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal tiba,

Ya Allah...aku ingin syahid di jalan ini...aku ingin berjuang demi menegakkan kalimahMu...~

No comments:

Post a Comment