kenangan manis di program dakwah orang asli

salam perjuangan semua...semoga Islam tersebar meluas di setiap ceruk dunia...jam menunjukkan pukul 12.08 malam. Mata ni masih segar untuk mencoretkan sedikit sebanyak pengalaman sewaktu ke program dakwah orang asli.





Pada 15,16 dan 17 mac 2011 yang lalu, ana dan sahabat-sahabat lain seramai satu bas telah ke menyertai ekspedisi dakwah orang asli. Program ini bukan sahaja mendekati mereka yang belum memeluk Islam tetapi bertujuan untuk mengajarkan mereka tentang perkara asas berkenaan Islam contohnya solat, puasa, dan banyak lagi aspek dalam agama.


Kami tiba agak lewat tetapi sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan panorama yang menghijau. Subhanallah..cantik! Kami ditempatkan di asrama sekolah dan gerak kerja adalah berpusat di surau yang baru dibina ditengah-tengah kampung itu. Keesokan harinya merupakan hari mencabar kerana ana dan sahabat-sahabat lain akan berjalan kaki meredah kampung orang asli untuk menziarahi rumah ke rumah mereka.


Pada mulanya ana hanya bertugas di surau sahaja, tetapi atas beberapa sebab ana termasuk juga antara yang bertugas menziarahi rumah orang asli.Alhamdulillah, memang seronok. Walaupun penat berjalan kaki beberapa kilometer tetapi kepuasan tetap ada. Rasa bersyukur sangat sepanjang perjalanan tiada apa yang buruk berlaku (di sana banyak anjing berkeliaran, ada yang hampir mengejar kami...huh). Apa-apa pun, mereka memang mesra dan peramah.


Petang setelah penat meng'explore' perkampungan mereka, kami mengadakan satu kelas fardhu ain (especially tentang solat) pada mereka. Memandangkan jumlah penduduk Islam agak kurang tetapi yang hadir tetap memberikan kerjasama yang baik. Petang itu juga ana dihujani oleh banyak pertanyaan tentang Islam oleh 2 orang pelajar orang asli ini. Mereka agak malu-malu pada mulanya tapi akhirnya semakin ramah dengan ana. =)


Selepas asar, program diteruskan dengan aktiviti sukan dan perlawanan futsal antara pihak kami dan mereka. Meriah betul! Di situ lah ana kenal dengan seorang adik yang bernama Ahza (penduduk di situ) dan kemudiannya sangat manja dengan ana. Ahza seorang yang pintar dan petah berkata-kata. Ana kagum dengannya yang masih kecil tapi punya hasrat dan cita-cita yang besar. Moga-moga dia berjaya untuk capai cita-citanya...Amiin.


Esoknya kami pulang pada kira-kira jam 12.30 tengahari. Perasaan sedih menyelubungi ana. Tak tahu kenapa..dalam perjalanan pulang banyak persoalan yang timbul, ini disebabkan kata-kata adik Ahza pada ana ketika mahu pulang. Sebelum pulang, ana dan Ahza ada berbual-bual tentang sekolahnya. Ana rasa sebak bila teringat akan nasib Ahza dan kanak-kanak orang asli yang lain yang diketepikan dan adakalanya (kata Ahza) tiada orang yang mahu berkawan dengannya; hanya kerana dia adalah orang asli..HAK MEREKA DINAFIKAN! BERLAKU DISKRIMINASI TERHADAP MEREKA! Oh...tidak adilnya kalian!!!


Ada sesuatu yang Ahza bisikkan pada ana ketika kami mahu berpisah, katanya dia mahu jadi seorang umat Islam yang baik, mahu bersolat dan lakukan apa yang diajarkan oleh Islam..anak sekecil itu punya cita yang suci. Dik, insya Allah kita jumpa di saf perjuangan Islam nanti, ya! Rasanya mahu lagi kita bertemu adik seagama, seakidahku...!


~Ya Allah, lindungi saudara-saudaraku dimana mereka berada....~


p/s: sebenarnya banyak lagi pengalaman ana di sana tetapi tak tertulis....=)

No comments:

Post a Comment