

Tanpa mempedulikan sejauh mana yang telah ku sampai, lantas aku berpatah kembali dengan air mata tak henti-henti dan nafas tersesak-sesak. 'the road not taken' tadi aku redah jua. sebelum masuk ke situ aku dikaburi zahirnya yang pedih tapi sebenar-benarnya ia mendatangkan satu rasa luar biasa yang tidak pernah dirasai ku sepanjang hidup. oh! indahnya, hidup si pencinta iman!
Ya Allah... Engkau cemburukan hambaMu yang mencintai sebarang perkara lebih dariMu..Ya Allah...Engkau Maha Penyayang kerana menghalang aku dari jalan yang tidak diredhai,
membuka hati ini untuk menuju redhaMu.....Ya Allah...tiada yang lebih ku minta melainkan sebenar-benar iman dan di akhir perjalanan hdupku menemuiMu dengan penuh bersih............tiada ucapan yang benar2 layak untuk menyatakan rasa terima kasih........

"aku di sini bukan kerana dia atau sesiapa.....tapi kerana DIA yang Maha Agung....."
No comments:
Post a Comment