syair Imam Syafie yang hebat



Imam Syafie ialah seorang ilmuwan yang hebat. Beliau bersifat zuhud, tawadhuk dan sangat mencintai ilmu. Tanpa diketahui ramai Imam Syafie juga merupakan seorang penyair yang hebat. Walaupun beliau adalah dari susur galur Rasulullah saw, tetapi beliau adalah seorang yang sangat miskin (fakir). Tetapi oleh kerana beliau sangat baik ingatan dan luar biasa bijaksana, maka gurunya mengambil beliau menjadi pelajar secara percuma. Antara beberapa bait syair beliau ialah:


"aku mengadu kepada guruku (waki') tentang kesusahanku untuk menghafal,

lalu dia (guruku) menunjukkan aku kepada meninggalkan maksiat,
dan mengkhabarkan padaku bahawa ilmu itu cahaya,
dan cahaya Allah tidak akan diberi kepada orang yang berbuat maksiat..."



Ana terasa terkesan juga bila mempelajari syair Imam Syafie ini. Mana tidaknya sebagai pelajar kita tidak dapat lari dari menghafal setiap pelajaran dan terlupa akannya..ia mungkin disebabkan dosa2 yang kita lakukan, paling tidak ilmu itu terlupa kerana kelalaian untuk mengingatinya...astaghfirullah...


No comments:

Post a Comment