perjuangan ITU MENYERONOKKAN!




Salam ukhwah dan fisabilillah buat semua pencinta perjuangan keadilan, perjuangan islam...dah lama tak menulis rasa rindu pulak pada blog ana yang tak seberapa ni..syukran kathir buat sepupu ana....ana doakan abang ana dan sepupu ana berjaya dalam final exam yang menjengah sekarang...




sejak 2 hari lepas ana pergi dengar ceramah dalam negeri. wah!rasa macam terisi sikit cuti semester ni..manis sungguh perjuangan ni ana rasa...ana tak dapat bayangkan macam mana hidup tanpa diulit dengan perjuangan,tentu macam biasa je...sejak semalam juga ana tengok blog2 idola perjuangan ana..dah lama tak tengok perkembangan terkini mereka semua,maklumlah duduk di ipt minda perjuangan dan politik memang tak boleh terbuka langsung....kadang -kadang rasa tertekan juga....




tadi baru tengok blog Yb nizar, nampaknya banyak pengunjung tak kira yang nak puji atau nak hentam beliau tapi ana tak kisah...yang penting ana sokong kepimpinan yb nizar..walaupun dah lambat tapi ana nak jugak ucapkan tahniah pada kemenangan Yb nizar di bukit gantang! harap beliau dapat memimpin Perak semula dan rampas balik dari orang yang tak berkemampuan nak tadbir Perak dengan Islam dan keadilan. Sebagai anak jati perak ana mengutuk tindakan yang memang tidak rasional dibuat oleh 'pihak sebelah'. semoga restu rakyat bersama Yb nizar...TAKBIR!!!!




semalam tiba-tiba je ana teringatkan almarhum Ust Fadzil Noor...ana tak dapat bayangkan kalau beliau ada lagi..pasti bertambah mantap gabungan para pejuang kebenaran! al-fatihah buat almarhum...Tok Guru Nik Aziz pun tak kurang hebatnya...wah!ana teringin sungguh untuk bersua muka dengan ulama dan idola ana ni..tapi nanti ana pula yang tak tertanggung malu dengan mereka yang sangat mulia ni...huh..tok guru haji hadi pula tegas dan sangat berkepimpinan, semoga tok guru akan terajui parti dengan sebaik mungkin...




macam nak gelak pun ada tengok beberapa 'pengkritik tetap' dalam blog para idola ana...macam dalam AF pula....ana tak nafikan perkataan 'nobody perfect'...tapi kadang2 ana rasa diorang komen tanpa fakta dan hanya melalut je banyak..bila orang bagi feedback, diorang kata tipu lah,ampulah, taksub lah...kenapalah kawan kita kat sebelah sana tu tak boleh nak lihat keadilan?hmm..ana simpulkan tak dapat hidayah lagi.....




seronok campur teruja bila mengenangkan perjuangan yang bakal ana sambung bila dah habis pengajian nanti...pasti lebih mencabar! ana akan jadi peguam...tak sabar nak baiki sistem perundangan dan kehakiman yang lemah dan penuh korup dan berselaput 'kurap'!.....perjuangan itu memang menyeronokkan....! =)






video

No comments:

Post a Comment