RASULULLAH....




Sedarkah kita semua sudah berapa tahun rasulullah saw telah meninggalkan kita?sudah sangat lama...tetapi roh2 perjuangan Islam bertebaran di seluruh pelusuk dunia sehinggalah dapat kepada kita yang berada di ceruk asia tenggara ni..Ya Rasulullah, umat Islam kini terumbang-ambing dibuai angin ribut modenisasi dan Islam yang berpecah belah...kami merinduimu wahai kekasih Allah!




sudahkah antum semua melihat cerita Muhammad saw utusan terakhir? ana dan sahabat beberapa kali menitik air mata melihat cerita itu..melihat pengorbanan rasulullah yang tidak boleh dihitung;kesakitan,penghinaan,dan segala bentuk ancaman yang diterima baginda..yang paling menyedihkan ana ketika rasulullah berperang di medan uhud..selepas terkena besi tertusuk di pipi, baginda terjatuh di dalam lubang yang diperbuat oleh tentera musyrikin,setelah itu baginda mendengar pula kesyahidan saidina hamzah...




Kewafatan rasulullah saw juga melenyapkan semua kegembiraan umat Islam....tahukah kita yang Rasulullah saw sangat merindui umatnya yang belum pernah baginda ketemu? adakah kita juga begitu? kalau rasulullah saw sanggup berlapar supaya umatnya tidak dihimpit kelaparan, adakah kita boleh berlapar dari memakan makanan yang haram? jika rasulullah saw sanggup bersusah payah menyebarkan Islam,adakah kita juga sanggup?mari kita bertanya pada diri adakah kita telah sempurna mencintai rasulullah saw lebih dari diri kita sendiri ?




adakah kita sudah khatam tentang sejarah hidup rasulullah saw terutamanya kisah-kisah perjuangan mengangkat Islam ke tahap tertinggi..?wahai para pejuang Islam, mari kita selak kembali lembaran sejarah junjungan mulia yang telah lama kita tinggalkan kerana kita lebih interested dengan buku-buku karangan orang-orang barat yang menciplak idea2 suci timur.sangat menyesakkan minda apabila melihat mereka bermegah-megah dengan karya agung Islam,huh!




selamat menyambut maulidur rasul kepada semua....banyakkan berselawat....rindu dan cinta kita kepada rasulullah saw akan membawa kita kepada pertemuan yang sangat indah di akhirat kelak...insya Allah hu aminin......RASULULLAH HABIBI QALBI...

No comments:

Post a Comment