ana mahu jadi srikandi umar



Baru-baru ini ana singgah di perpustakaan, sengaja mengosongkan minda untuk menelaah. Ana sangat suka pada khalifah kedua Islam, saidina umar...banyak hadis tentang umar antaranya yang ana suka ialah :

diriwayatkan dr said ibnu al-musayyab
bahwa abu hurairah ra berkata:ketika kami berada di sisi rasulullah,tiba-tiba beliau berkata:

"sewaktu aku tidur aku bermimpi seolah-olah aku berada di syurga, kemudian aku melihat seorang wanita berwudhu' di tepi sebuah istana maka aku bertanya, "milik siapa istana ini". mereka menjawab,"milik umar". maka aku tringatkan kecemburuan umar,segera aku menjauhi istana itu. "

Umar menangis dan berkata ,"demi Allah mana mungkin aku cemburu padamu ya rasulullah"..
Begitulah sikap dan peribadi saidina umar ya
ng ana kagumi. Walaupun sikapnya kasar tetapi pabila berhadapan dengan Allah dan rasulullah teru sahaja lembut hatinya, mudah sahaja air matanya keluar.

Hadis kedua berkaitan dengan beliau ialah
Imam ahmad berkata: waqi' telah menyatakan kepada kami dari sufyan dari khalid al-hadzdza' dr abi qilabah dr anas ia berkata bhawa rasulullah saw bersabda:

"orang yang paling penyayang di antara umatku ialah abu bakar, orang yang paling tegas terhadap agama Allah ialah umar, yang paling pemalu ialah usthman yg paling mengetahui halal dan haram adalah muaz bin jabal,yang paling menghafal tentang al quran ialah Ubay dan yang paling mengetahui tentang ilmu waris adalah zaid bin tsabit. setiap umat mempunyai seorang yang terpercaya dan orang yang terpercaya di kalangan umatku ialah abu ubaidah al jarrah..."

riwayat at-tirmidzi,an nasaie dan ibnu majah.hadis ini hasan sahih...

saidina umar mempunyai pelbagai kolehsi pengalamn dan kisah bersama rakyatnya.beliau sangat dekat dengan hati rakyatnya dan sentiasa mengasihi rakyatnya..tiada yang dibiarkan kelaparan dan kesedihan.tetapi jika dibandingkan sekarang kenapa pemerintah semakin alpa dengn kemewahan dunia dan lupa dengan tanggungjawab mereka.ramai yang kelaparan dan miskin padahal hidup mereka sebagai pemerintah dilimpahi kesenangan. Moga Allah mencela pemimpin yang zalim dan mengabaikan rakyat...renungkanlah....

No comments:

Post a Comment