CATATAN PILU SEORANG PENDOSA



Hari ini diriku dihujani dosa lagi..ya Allah! aku lemah, aku tak mampu menepis segala godaan syaitan dan nafsu yang bertakhta di hati ini..ya Allah yang Maha Perkasa, berikan aku secebis kekuatan dalam melawan semua itu..




Hati ini diselaputi dengan noda hitam yang semakin tidak terkawal merebak pada semua bahagian. Orang yang banyak dosanya takut untuk mati, kerana mereka takut menerima balasan buruk. Orang yang beriman tidak pernah takut mati kerana mereka mengenangkan pertemuan indah dengan Allah swt. Orang yang berjuang dengan kebenaran dan Islam (mati syahid) juga tidak takut mati bahkan merekalah golongan yang jika sudah mati mahu kembali ke dunia untuk mati semula kerana mereka mengetahui kemulian mati syahid. Oh, palsunya dunia ini! Buruk sungguh dunia ini jika kita tidak memanfaatkan untuk akhirat!



Tiada yang lebih indah daripada mengingatiMu, ya benar sahabat-sahabatku! Jika kalian semua resah, jiwa bertambah berat menanggung segunung masalah, hati sedih kerana berjuta dugaan, atau berdepan dengan kegagalan yang membuatmu lemah, maka kepada Allah swt kita mengadu sambil menyebut asma' Nya. Dia satu-satunya yang tidak menolak pengaduan kita, Dia satu-satunya yang Maha Mendengar kita, Dia satu-satunya yang Maha Sabar dengan segala yang kita lakukan, dan Dia satu-satunya yang Maha Menerima Taubat atas segala kesalahan dan kesilapan yang kita perbuat.




Aku merintih sayu di sejadah tatkala cinta Nya itu pergi..sudah beribu kali ku ulangi taubat itu tapi kenapa masih ku lakukan segala yang menjadi murka Dia padaku? Ya Allah...aku kesesatan dalam kegelapan hatiku sendiri. Ampunilah aku! Astaghfirullah.......jadikan aku hambaMu yang taat kepada segala perintah dan suruhanMu..ya Allah, sesungguhnya aku mahu husnul khatimah..aku mahu pertemuan indah dengan Mu di akhirat kelak..aku tidak mahu dibebani dosa ini selamanya, ya Allah perkenankanlah!

No comments:

Post a Comment