sabarlah dalam mujahadahmu, sahabat!


Salam perjuangan dan ukhwah buat semua...hari ini ada sedikit ruang masa yang lapang, jadi ana isikannya dengan menulis dalam blog yang serba usang ini. Alhamdulillah, hari ini Allah swt beri lagi nyawa dan oksigen untuk bernafas. Mari sama-sama kita ucapkan Alhamdulillah!


Ada sahabat ana yang mahu berubah dari perbuatan buruk yang dia lakukan dahulu, tetapi mengadu pada ana tentang kesusahan melakukannya. Nasihat ana ringkas tapi menyuruhnya supaya memahami iaitu mujahadahlah! memang senang menuturkannya tapi hampir separuh nyawa untuk melaksanakannya...bayangkan pertembungan iman dan nafsu dalam diri...Ada yang sampai menangis, terduduk, dan macam-macam lagi perasaan dan perbuatan manusia yang sedang bermujahadah. Allahuakbar!


Ya, benar.. kadang-kadang iman akan menang, di lain kali pula nafsu akan menguasai. Tapi, ingatlah sahabatku! Apabila nafsu mula menguasaimu, ucapkanlah istighfar, bertaubatlah.......

Ana memberinya buku supaya dia dapat menghadamnya. Alhamdulillah, esoknya dia begitu gembira dan mempunyai kekuatan semula bagi memenangkan imannya..Benarlah, firman Allah swt dalam surah al-'asr yang bermaksud nasihat dengan kebenaran dan kesabaran. Manusia ini lebih-lebih lagi sesama mukmin perlu sentiasa mengingatkan, menasihati, dan membantu antara satu sama lain. Insya Allah ia dapat mengurangkan beban sahabat yang lain.


Hal ini terbukti ketika zaman Rasulullah saw lagi kan...Teman setia Rasul, Saidina Abu Bakar sedia pertaruhkan nyawanya untuk baginda...Rasulullah saw juga memerlukan teman bagi mendengar masalah, meluahkan kesedihan, berkongsi kegembiraan dan Siti Khadijah ada menemani....


Sahabat, bersabarlah dalam mujahadahmu...semoga Allah sentiasa memimpinmu ke jalan yang benar....=) Gambar asy-syahid Sheikh Ahmad Yasin di atas adalah sebagai peniup semangat kepada para pejuang masa ini....

No comments:

Post a Comment