Peristiwa Hati


Aman sungguh ia, terletak di dalam badan, di bahagian selamat tanpa gangguan pada mulanya....

Satu hari diketuk dahsyat oleh syaitan dan iblis,
membisikkan sesuatu kejahatan dan maksiat,
meremukkan iman dan segala kekuatan yang terkumpul,
akhirnya tinggal secebis sahaja yang masih putih....

Yang putih itu bangkit melawan hitam,
hampir kalah pada mulanya,
ayat-ayat Allah dialun perlahan,
zikir, tahmid dan takbir dipalu,
makin kerap.........

Tiada cukup dengan itu,
Wudhuk tidak lekang setiap masa,
Rancangan akhir yang mengalahkan hitam,
TAHAJUD SETIAP PERTIGA MALAM!

Akhirnya semua hitam menjadi putih,
seperti fitrah, seperti kain putih tiada contengan....
Dan itulah HATI yang menjadi mati jika menjadi pelaku maksiat,
Dan itulah juga HATI yang akan hidup subur jika menjadi pencinta Islam................

2 comments:

  1. semoga hati kecilku tegas mempertahankan yang putih agar mendapat kesejahteraan di akhirat sana..
    amin! <3

    ReplyDelete