umar abdul aziz


Salam 'alaik semua....ana baru sahaja menghabiskan 'homework' pertama iaitu menelaah buku khalifah umar abdul aziz. Alhamdulillah, habis jua akhirnya. Walaupun sedikit lambat dan merangkak-rangkak tapi itula style pembacaan ana. Bagi ana setiap yang dibaca haruslah dihayati, difikirkan dan ditenung. Sikap ana ini kadang2 membuatkan abang ana merungut juga kerana turn membaca buku adalah selepas ana. =)

UMAR ABDUL AZIZ. itulah satu nama yang sinonim dengan keadilan, keberanian dan sifat sebenar pemimpin. Beliau dihormati kawan dan lawan lantaran sangat menitik beratkan kebajikan rakyat. Mahu sahaja ana hidup di zaman pemerintahannya. Menikmati kehidupan sebenar di bawah sebuah kuasa yang adil dan saksama. Banyak nilai murni yang terdapat pada dirinya sehinggakan ada yang bukan Islam memuji-muji beliau.

Bekiau juga dianggap seperti khalifah ar rasyidin yang kelima. Jika dilihat daripada susur galur keturunanya, beliau merupakan cicit saidina umar al-khattab, khalifah ar rasyidin yang kedua. Saidina Umar al khattab pernah berdoa kepada Allah swt supaya mengurniakan dari keturunannya seorang yang dapat membela agama dan menguatkan Islam. Maka ia terkabul ketika lahirnya putera abdul aziz bin marwan. Beliau merupakan salah satu contoh tauladan yang boleh dijadikan contoh oleh semua umat Islam.

No comments:

Post a Comment