saat ana sibuk..

Salam ukhwah semua, sebenarnya ana merindui blog ana ni..tak punya banyak masa untuk mengisikan post2 baru..ana pula sibuk sungguh semester ni. Banyak program yang diadakan dan setiapnya memerlukan ana dan sahabat2. ana minta maaf semua. Semasa sibuk beginilah kita baru ingat masa lapang dan senang, alangkah seronoknya dapat rehat...alangkah seronoknya dapat duduk2 bersama sahabat2...alangkah ini, alangkah itu...

Walaupun pena
t tapi ana dan sahabat gagahkan juga langkah ini bagi menjayakan program yang melambak. Tapi terkadang rasa sedih pula melihatkan program yang tidak berjalan dengan lancarnya. Manusia mampu merancang tapi perancangan Allah swt lebih hebat dan Allah swt itu maha mengetahui...Minggu ini bermula Isnin sehingga Ahad (hari ini) macam2 perkara yang berlaku antarnya program, simposium yang ana hadiri, kerja2 dakwah, usrah, kuliah,assignment, tesis, dan banyak lagi...
Hari ini lapang sedikit kerana ana pulang ke rumah setelah sekian lama tidak pulang. Umi dan Abah juga merungut pada ana sebab dah lama tidak balik...maafkan putri mu ini! Ana akan kembali ke kampus untuk berjuang pada hari Selasa. Cuti yang pendek ini insya Allah akan ana manfaatkan bg mengeratkan lagi ukhwah satu family.....

1 comment: