'UD 'UNI ASTAJIB LAKUM


doa adalah senjata umat Islam yang paling hebat. walau dalam keadaan bagaimana kita sekalipun dalam bahaya tetapi jika kita berdoa, pasti ia dapat mengubah apa jua situasi buruk.
Esok keputusan 'siapa mb perak' akan di umumkan pada jam 3.30 petang di mahkamah. Jadi kepada semua rakyat diminta berdoa untuk kemenangan Islam bagi pihak yang benar..Ingatlah! kita ada Allah swt, tuhan maha berkuasa dan maha hebat. Tiada keputusan yang tidak dengan izinNya. Sebagai hamba yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa kekuatan, kita semua terutama para pejuang diharapkan dapat berdoa dan bermunajat pada malam ini demi kemenangan esok...

Allah maha mendengar apa kata dan rintihan hambaNya. lebih-lebih lagi jika hamba itu butuh akan kejayaan demi Islam dan mahu mengangkat Islam ke tempat yang sepatutnya. Berdoalah! tuhan pasti kabulkan!

No comments:

Post a Comment